
Ingin menjadi pendengar yang baik namun tidak tahu caranya? Jom belajar menjadi pendengar yang baik melalui tips-tips berikut :-
1. Berikan perhatian sepenuhnya – Apabila seseorang mula berkata-kata, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Hentikan segala perbuatan kita di saat itu dan dengar dengan teliti setiap apa yang ingin disampaikannya.
2. Jangan berikan pendapat – Apabila seseorang meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Contohnya, “Tadi aku nampak seekor kucing kat tepi jalan. Kesian sangat tengok kucing tu.” Jangan pula korang berikan pendapat, “Ala…biarlah kucing tu. Tak ada kena mengena ngan awak pun”. Pendapat sebegitu akan mematikan mood seseorang untuk becerita. Jangan sesekali memberikan pendapat kecuali diminta.
3. Bertanyakan soalan – Untuk menaikkan lagi mood seseorang itu untuk bercerita, tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang diceritakan. Ini menunjukkan yang korang juga berminat dengan cerita yang disampaikan itu. Ingat tanya soalan yang berkaitan je. Jangan main tukar topik pula.
4. Berikan sokongan kepadanya – Sekiranya seseorang yang bercerita itu sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang dia marahkan. Berikan sokongan tapi jangan pula korang menambahkan api kemarahan itu.
5. Diam dan jangan berkata apa-apa – Sekiranya topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan korang, adalah lebih baik korang berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik korang tahan telinga dulu dan mendengar apa saja yang dia katakan. Biarkan dia luahkan segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan dia lebih cepat reda kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan. Lepas itu barulah korang cuba menjernihkan keadaan.
Mudah je kalau nak jadi pendengar yang baik, cuma perlu pasang telinga je. Jimat air liur sementara menunggu orang tu habis bercerita..hikk
p/s tak perlu ada telinga sebesar tu ok
SUMBER : entri bertarikh 8 November 2011
loading...
loading...
Info yg menarik.
thanks azie
belum tentu telinga yang sebesar tu akan jadi pendengar yang baik kan?

duan recently posted..Apakah itu Pelaris Perniagaan? Haram? Syirik?
hahahaha…tau takpe
tips yg mudah utk diamalkan….puteri

Ayie Abas recently posted..Ana Lelaki Kacak
yer ayie..sangat mudah
Saya cuba tambah satu yer… “jangan suka mencelah dengan berkongsi cerita versi kita pulak, nanti tak pasal2 org yg nak luahkan cerita terpaksa jadi pendengar”

shraqs recently posted..Google Memberikan Sitelinks Untuk MobilityWorlds
yer betul tu
kalau dua-dua dah cakap…tiada siapa yang akan mendengar
plg x suka bila kita bercerita, org tu juz jawab.. ada aku kisah?
sy plg benci dgr ayat cmtu…
caliph recently posted..ada apa dengan botol mineral (part 2)
ha ah..sangat benci dengan ayat tu..memang tak akan cerita apa-apa lagi kat orang yang sebegitu
Paling tak suka bila kita tengah bercakap dengan seseorang, dia boleh buat2 tak dengar pulak -,- hehe. Nice tips Cik Puteri ^^
Sally Yatiey recently posted..Manusia biasa
kalau orang camtu..puteri ckp dengan kucing lagi best…hehehe
ikut je rentak mereka
yer betul tu kak
pendengar yang baik sangat penting..
gnesop recently posted..Peserta Cabutan bertuah Lampu LAMPAN IKEA
amat penting sekali kan
sabar juga penting..brulah leh jdik pendengar yg bek
Jebeng Otai™ recently posted..Hard Disk Rosak
yer itu sangat betul
cuma ‘pasang telinga’ je kan..tak susah pun

kaishin recently posted..fasa terakhir pembinaan.
memang tak susah…tapi ada juga yang tak reti pasang telinga…hehehe
telinga dah siap pasang pun tak reti juga..rugi-rugi hehe
kaishin recently posted..fasa terakhir pembinaan.
hahaha
Silakan Cik Puteri…
Saya sedia mendengar apa yg awk ingin perkatakan…
koding recently posted..Tiada Jalan Pintas Untuk Kurus
begini ceritanya….lalala
jangan lupa korek telinga juga.
Cikgu Hairul recently posted..Bila Kompang Berbunyi
ahahaha..yang tu perlu diutamakan..hikk
kalau telinga sebesar tu.. takut pula org yg nak bercakap .. heee
Petua Puteri recently posted..Petua Mengasingkan Isi Durian Untuk Buat Tempoyak
cakap dari jauh pun leh je dia dengar..haha