Setiap wanita pastinya ingin memiliki seorang lelaki yang baik dan cukup sempurna di matanya untuk dijadikan calon suami. Namun adakalanya kita sebagai wanita seringkali terkeliru untuk memilih calon yang sesuai.
Agaknya apakah ciri-ciri yang penting yang perlu ada dalam diri seseorang lelaki yang melayakkan dirinya untuk menjadi seorang calon suami yang baik?
Berkemampuan
Tidak bermaksud seorang wanita perlu memilih lelaki yang memiliki duit berguni-guni ataupun deretan kereta mewah di depan rumah, cukuplah sekiranya lelaki itu mampu menampung makan, minum, keperluan asas dan menyediakan tempat untuk berteduh buat isterinya.
Layak Mengambil Alih Tugas Ibu dan Bapa
Lelaki itu perlu bersedia untuk menjaga dan melindungi wanita tersebut sebagaimana ibu dan bapanya pernah melindunginya dari kecil. Kerana usai dinikahi, tempat pengantungan hidup wanita itu berpindah dari ibu dan ayah kepada suami.
Mengajak Berbuat Baik
Lelaki yang baik akan sentiasa mengajak wanita berbuat baik. Malah akan sentiasa mengingatkan andai kata wanita itu terleka atau terlalai.
Berkebolehan Menguruskan Rumahtangga
Seorang lelaki yang mampu memasak (walaupun hanya menggoreng telur atau memasak nasi goreng), membersihkan rumah dan membasuh pasti mampu menjadi seorang suami yang baik. Rumahtangga pasti akan lebih bahagia nanti bila suami dan isteri sama-sama melakukan kerja rumah. Kerana isteri pasti akan rasa terbeban andainya mempunyai seorang suami yang malas di rumah.
Tidak Berprasangka Buruk
Mudah andainya lelaki yang menjadi pilihan hati itu sentiasa memberi kepercayaan dan tidak berprasangka buruk. Rumahtangga pasti akan aman damai nanti bila tiada syak wasangka. Namun jangan pula kita mengambil kesempatan kepada kepercayaan yang diberikan itu.
Rajin Dan Berdikari
Lelaki yang rajin dan berdikari pastinya akan sentiasa berusaha untuk memastikan keluarganya hidup dengan selesa. Andainya lelaki itu malas, tak pasal-pasal nanti dia akan makan duit isteri. Tak salah suami dan isteri berkongsi kesusahan dan kesenangan cuma biarlah mengikut cara yang betul. Bukannya asyik kebas duit perempuan je kan.
Mudah Memaafkan
Lelaki yang baik selalunya akan sedia memaafkan dan menerima hakikat bahawa tiada insan yang sempurnya. Elakkan dari lelaki ego dan sentiasa menganggap dirinya seorang yang hebat.
Akhlak Yang Baik
Seeloknya memilih lelaki yang datangnya dari keturunan yang baik-baik dan yang mempunyai akhlak dan budi bahasa yang tinggi. Mempunyai sikap yang penuh dengan kesederhanaan dan hormat menghormati. Seorang lelaki yang mengutamakan PenciptaNYA.
Semoga tips ini dapat dijadikan panduan untuk memilih seorang calon suami yang baik
p/s bila menaip entri ini, teringat kat dia. semoga dipermudahkan
loading...
loading...
kalau semua ciri-ciri kat atas tu ada, mesti aman rumahtangga kan

kaishin recently posted..bersendirian untuk sementara waktu.
tapi apa yg pasti..isteri pun perlu memiliki ciri-ciri yang baik
noted

caliph recently posted..gumiho & gangster
kalau lah semua di atas tu di miliki oleh seorang lelaki , beruntung lah seorang wanita itu puteri…
bahagia kot..
azie namico recently posted..Jangan tinggalkan sunnah
tapi apa yg pasti…wanita pun perlu memainkan peranan..dua-dua kena memiliki ciri yang baik-baik kan
semoga bisa menjadi lelaki seperti yang disebutin diatas buat istriku nantii.. terima kasih dah shariing..
apink recently posted..Salju, salah satu misteri yang terungkap di Planet Mars
boleh sahaja kalau berusaha
jika semua senarai di atas lengkap ada pada seorang lelaki alangkah bertuahnya wanita itu
namun tiada manusia yg sempurna.. jika terjatuh dari landasan harapnya dapat meniti naik kembali ^_^
syiela recently posted..Kek Coklat Lembab Segera
betul tu kak..memang bahagia
walaupun tiada yang sempurna tetap juga mampu berusaha menjadi yang terbaik kan kak
uncle nak masuk senarai leh tak? hahahah … mmg semua ciri-ciri tu kalau ada…mmg aman..tapi asam garam serta pancaroba sebelum dan selepas kawin..banyak beza….nak menilai pun kita hanya termampu nak menilai tapi semua itu kerja tuhan …. apa-apa hal pun kita tak semestinya mencari yg terlalu sempurna..ada ker yang paling sempurna di dunia nih? rasanya tak … so kehidupan laki bini saling bertolak ansur serta saling menelngkapi antara satu sama lain …. ada win-win situation…takde rasa ego…baru boleh terus sampai ke anak cucu hihihi
uncle recently posted..Bercerita sebentar tentang anak uncle
aik nak masuk senarai ke? hehehe
yg pastinya…seseorang itu boleh berubah…jahat jadi baik…baik jadi jahat
adakalanya bukan mudah menilai…namun tak salah memilih kan…kerana kita nak hidup bersama orang itu sehingga ke nafas yang terakhir
pokoknya lelaki yg boleh jadi role model, dan boleh membimbing kita.. kan sis? hehe
yer betul tu aisya
saya setuju dengan semua diatas
Juan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati
terima kasih sebab setuju
hehehe
bagus bagus info no

zana recently posted..Syukur Alhamdulillah..!!
boleh dijadikan panduan buat yang dalam proses nak memilih kan..hehehe
hehe betul tu

zana recently posted..21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh!!
kan kan
penyabar x der ker?..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Bingung
penyabar termasuk dalam kategori akhlak
ciri2 yg x laa susah sgt…cuma tang memasak tu…setakat masak nasik dan goreng telur boleh laa…haha3

Ayie Abas recently posted..Sebuah Kisah Tentang Kemulian Insan Terpuji
ala yang simple pun jadilah…janji rajin di dapur..potong bawang pun boleh…hahaha
Pastikan lelaki tersebut berkemampuan memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah…
koding recently posted..Sarapan Pagi Cegah Obesiti
itulah yang sebaiknya kan
as salam
err macam bapa saya pandai masak dan membasuh hee
onlajer recently posted..Wordless Wednesday : cemil-cemilan
bagus la camtu
bagus2..ade ciri2..hahaha..
bagus la kalau ada ciri ciri tu