Selamat Hari Bapa, mungkin ucapan ringkas dari seorang anak itu sudah cukup untuk menceriakan hari seorang bapa.
Namun puteri yakin, setiap antara kita mempunyai ucapan kata-kata istimewa yang lahir dari hati yang ikhlas untuk disampaikan kepada seorang lelaki yang bergelar ayah.
Cuma ada tika dan saatnya, kata-kata itu terasa berat untuk disampaikan secara berdepan dengan ayah. Lidah terasa kelu. Bukan sebab tidak sayang atau tidak menghargai pengorbanan ayah namun mungkin kerana tidak biasa untuk meluahkan atau wujud rasa segan pada lelaki yang dipanggil ayah
Ayah pengorbanan mu membesarkan kami, adik beradik tiada tolok bandingnya. Bermacam pekerjaan yang ayah lakukan apabila sumber pendapatan bulanan tak mencukupi untuk kami. Membesar di dalam kesederhanaan namun mencukupi segala-galanya. Terima kasih ayah – AYIE
Kata-kata ini sudah cukup mengambarkan betapa seorang anak itu menghargai jasa ayah yang tercinta. Seorang ayah sanggup berkorban dan bergadai demi memastikan kehidupan anak-anaknya tidak disia-siakan.
Tak dapat kita bayangkan hidup kita ayah ,tanpa ayah di sisi ,
semua kasih sayang yang ayah curahkan tersemat di hati – AZIE
Ada kalanya bila ayah di depan mata kita jarang menghargainya, tapi ramai yang meratapi bila ayah tiada lagi disisi. Sepatutnya kita sentiasa cuba untuk membahagiakan ayah selagi hayatnya yang ada.
Kisah seorang rakan blogger ini menceritakan segalanya :-
Sis boleh dkatakan anak manja ayah, memahami situasi susah payah ayah ketika membesarkan kami dan melengkapkan keperluan seisi keluarga.
Hati seorang ayah sangat sukar untuk kita tafsirkan, kadang kita lihat ayah lebih berdiam diri dari mama yang lebih banyak meluangkan masa dengan anak anak dan mendengar cerita anak anak.
Tapi sis percaya ayah cukup gembira dan merasa lega melihat anak anak nya telah mempunyai kehidupan yang bahagia dengan keluarga masing masing.
Kami sebagai anak anak sentiasa cari peluang untuk gembirakan hati mama dan ayah.
Hargailah dan hormatilah mereka selagi ada peluang, kerana setiap saat itu amat berharga dan takkan berulang kembali – MAMA ANNEZZ
Membaca kisah Mama Annezz seolah mencermikan diri papa puteri, malah juga peribadi papa korang. Hati seorang ayah sememangnya teramat sukar ditafsirkan dan sering disalah ertikan.
Kasihmu tiada tandingan, ketegasanmu mencorak kehidupan kami, menjadikan kami insan yang berguna, pengorbananmu tak terbalas, penat lelahmu tak terbayar, terima kasih papa, atas segala-galanya - KAISHIN
Tiada apa yang dapat mengantikan nilai kasih seorang ayah. Tiada jumlah wang di dunia ini yang dapat membayar nilai perngorbanan seorang ayah.
Arigatou ayah – CALIPH
Ucapan terima kasih itu sudah cukup untuk membuatkan seorang ayah tersenyum.
loading...
loading...
perkataan terima kasih tu dah cukup sebenarnya kan..yang penting ikhlas

kaishin recently posted..antara yang lama dan yang baru.
betul tu..keihklasan sangat penting
har
hargai lah ibu bapa selagi mereka masih di sisi..:D
betul tu azie
Boleh menangis baca entry sis ni…
takmo nangis yer
“Cuma ada tika dan saatnya, kata-kata itu terasa berat untuk disampaikan secara berdepan dengan ayah. Lidah terasa kelu. Bukan sebab tidak sayang atau tidak menghargai pengorbanan ayah namun mungkin kerana tidak biasa untuk meluahkan atau wujud rasa segan pada lelaki yang dipanggil ayah”
setuju sgt dgn kenyataan tu..kdg2 susah nk luah..
sutera recently posted..INTERNET ALL DAY ONLY RM1/DAY ON YOUR MOBILE PHONE- MURAHNYA !!!
ha ah kan…memang sukar nak meluahkan perasaan yang sebenar
jadi juga akhirnya entry hari bapa yg puteri minta rakan2 blogger buatkan ayat penghargaan utk ayah di dlm entry sebelumnya ini.
entry yg penuh bermakna…
terbaik laa puteri… (Y)
Ayie Abas recently posted..Gambar Ikon Hari Bapa Terbaik Di Dunia
ha ah akhirnya jadi juga
terima kasih ayie
en3 yg menarik.. nice sharing

caliph recently posted..iphone putih
arigatou awak
Berbaktilah kepada kedua ibu-bapa sebagaimana mereka menjaga kita semasa kita kecil..
koding recently posted..Oh My English ~ Belajar Bahasa Inggeris Secara Santai
betul tu..inilah masanya kita mencuba membalas jasa mereka kan
berbaktilah dan ingatilah mereka selalu… tak terungkap dengan kata2 pengorbanan mereka membesarkan kita
syiela recently posted..Kerana amukan pocong dan Waris
memang tak mampu untuk kita membalas semuanya
Bapa dan Ibu kta banyak berkorban utk kita sejak kecil lagi dan kita perlu menghargainya
beckhr00y recently posted..Akibat Tukar Siaran TV Ketika Euro 2012
betul tu..kita perlu sentiasa menghargai ibu dan ayah
hargailah ayah..yup, u never know what u have until u lost it…
p.s ; rindu arwah ayah…..
eyriqazz recently posted..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
ramai yang tak menghargai bila ibu dah ayah di depan mata
semoga arwah ayah awak tenang di sana
pengorbanan bapa sama seperti ibu..
ibu dan bapa adalah pelengkap kepada seorang nak..
semoga kita sentiasa menyayangi ibubapa kita
yer betul tu..tanpa ibu dan ayah..siapalah kita kan
pengorbanan seorang ayah tiada taranya di dunia ini,,, Jagalah mereka dan jangan abaikan mereka sekiranya ibu dab bapa masih ada…kerana suatu hari nanti kita akan terasa kehilangan nya bila umur kita semakin meningkat.
hatiputera recently posted..Riadah Bersama Mountain Bike XDS 26594
puteri setuju…kita perlu menghargai mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita
tanpa ayah. siapalah kita. :’(
cikkiwi recently posted..Lelaki Panas Baran?
betul tu makteh