
Siapa nak strawberi cicah coklat?
Puteri yakin ramai pengemar buah strawberi di luar sana kan. Salah satu antara mereka adalah puteri..hikk.
Aiskrim strawberi, coklat perisa strawberi, susu perisa strawberi, jem strawberi, kek dan biskut strawberi…semua tu favourite puteri. Favourite korang juga ke?
Buah Strawberry atau nama latinnya Fragaria rosaceae, kaya dengan vitamin C. Malah buah strawberi juga mengandung fitonutrient dan antioksidan yang memerangi radikal bebas. Unsur antioksidan inilah yang dipercaya memberikan warna merah pada buah Strawberry. Buah Strawberry juga mengandung Vitamin K, mangan, Folic acid, potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, magnesium dan omega-3
Kandungan nutrisi yang dimiliki Strawberry ini sangat baik untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit, antaranya:
1. Arthritis
Penyakit ini akan menyebabkan otot menjadi lemah, lebih kecil dan kering. Racun yang kemudian lebih mudah tersebar dan memenuhi ruangan pada otot. Dengan mengambil Strawberry secara teratur, unsur anti oksidan yang terkandung di dalamnya akan menekan bahaya penyempitan otot tersebut. Racun yang ada di dalam otot kemudian ditendang keluar dan perlahan-lahan otot kembali dapat bernafas dengan lega.
2. Kanser
Buah strawberri mengandung unsur anti oksidan yang dapat membantu memerangi dan mencegah perkembangan sel kanser.
3. Kesihatan mata
Usia dan nutrisi yang diambil oleh tubuh badan akan mempengaruhi kondisi kesihatan mata. Zat anti oksidan yang terdapat dalam buah strawberi dapat memerangi radikal bebas, dan mencegah penuaan.
4. Kerosakan Fungsi Otak
Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, namun ia juga mengancam fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient, kerosakan fungsi otak dapat dicegah.
5. Tekanan darah tinggi
Strawberry mengandungi potasium dan zat besi yang tinggi, oleh itu ia sangat efektif untuk tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang kembali.
6. Penyakit jantung
Kerana kandungan serat yang tinggi, folat, vitamin C dan anti oksidan, Strawberry sangat efektif mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.
Buah strawberi yang kecil itu rupanya sangat berkhasiat. Jadi apa tunggu lagi, jom makan strawberi.
loading...
loading...
buah strawberry mentah ayie jarang2 mkn… seingat ayie masa pergi cameron highland ikut rombongan sekolah dulu jer pernah merasa mkn….ermmm yg lain x ingat bila ayie pernah mkn…hehe
mkn aiskrin strawberry…ada laa jugak…tapi x dpt laa khasiat2 spt di atas tu…
Ayie Abas recently posted..Tuhan Beri Aku Cinta – Ayushita
buah strawberry yang beli kat kedai tu selalunya sangat masam…tak suka..hehehe
owh banyak khasiatnya ye..erm lepas ni kena suka makan strawberry lah

kaishin recently posted..sambung tempoh edah cik Z.
sebelum ni tak suka ke?
memang tak suka

kaishin recently posted..apabila sang penyu menangis.
suka apa eh?
suka makan asam

kaishin recently posted..la dah habis rupanya..hehe
dan jeruk
wktu kecik2 dok kt cameron highland bole mamam strawberry fresh

caliph recently posted..quote of the day (part 2)
oh dulu duk cameron eh?
Minat betul dgn stawberry?
Cameron is the place.
thomas recently posted..Perhentian Kecil’s Look Out Point
minat la juga…hehehe yup strawberi kat sana memang fresh
waah, mantab benar tuh, saya suka betol strawberry,,,
apink recently posted..Theraphosa blondi, Laba-laba Tarantula Terbesar
oh ye ke
suka makan strawberry tapi susah nak dptkan yg fresh =(
sollehahn recently posted..Rangkaian Celcom kini bersedia untuk LTE
kena gi cameron…hehehe
suka buah strawberry je.. tp memilih jugak la.. nk yg fresh, klau x fresh tu x sedap.. mcm pelik je rasanya.. kalau yg perisa strawberry mcm aiskrim ke ape x minat jugak.. huhu
aisya recently posted..Kucing Spesies Apa Yang Warna-Warni Ni?
yang tak fresh tu masam…akak tak suka..hehe
Banyak khasiatnya. Sally langsung tak pernah makan buah strawberry. hee
Makanan perisa strawberry pulak tak berapa suka ^_^
Sally Yatiey recently posted..Ayah, Mengapa Aku Berbeda?
tak suka rasa strawberry eh?
uncle suka strawberi..kebetulan kelmarin beli yogurt untuk qistina..beli lah lebih sikit ..habuan untuk uncle jugak hahahha…
uncle recently posted..Upgrading uncle punya blog
untuk puteri takde ke? hukk
slalu order straberry smoothies..

Jebeng Otai™ recently posted..Ralat : RON95 Lebih Mahal Dari RON97?
lain kali order untuk puteri juga
suka sgt strawberry..sedap sgt walaupun rasa sedikit masam

zana recently posted..Dia Cantik Tapi…
ha ah kadang-kadang telebih masam..hehe
banyak khasiat rupanya buah ni,,,,
yahaya recently posted..Cara pasang flash banner pada blog.
puteri pun baru je tau tentang khasiatnya
setiap buah ada khasiatnya termasuk lah strawberry , confirm bulan nie azie turun cameron highland …put3 jom teman azie..leh makan strawberry di ladang teh ..eh ?
Azie Namico recently posted..Germany
alahai bulan ni tak boleh…belikan strawberry utk puteri leh
aku memang jarang makan buah strawberri ni, biasa makan perisa strawberry yang dicampur dlm mknan
beckhr00y recently posted..Gambar Kereta Proton Satria Plat WWW 1 Sultan Johor
yang fresh tu kadang-kadang masam kan
Sedapnya strawberry salut coklat…
koding recently posted..Fenomena Transit Zuhrah (Rakaman Video)
sangat sedap kan
bnyk jugak eh khasiat strawberi nie..tp sy suka makan strawberi macam tu je..x suka cicah choc..hihi
syaz@rozelt recently posted..Tengah Cari Mood nak Rajen Berblog Semula & Kota Cinta..
ha ah memang banyak khasiat…makan ngan aiskrim pun sedap
makan buah strawberry saya tak suka,,,tapi kalau aiskrim perisa strawberry memang saya balun.
rsaimi recently posted..Siapakah Lelaki Kacak Malaysia
jom makan aiskrim strawberry…ehehe
memang sedap
anie recently posted..Anjing peluk bayi – Belas ihsan anjing, lindungi bayi
suka eh kak?
time ngandung Dable ritu suka sgt stoberi cicah ceklat ni
skrg idak le lalu dah
syiela recently posted..Kat bawah tu jugak yang dia nak
time tu mengidam eh kak
a’a.. tapi sekarang pandang pun dh terasa masamnya
syiela recently posted..Sticker Comel dari CKJ
hehehe…camtu lak eh
wahh..leh sembuh kancer ker?
titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 6
suka makan strawberi tak?
strawberry sedap. tapi masam sikit. jadi kiwi akan makan dengan gula sikit..hehehe..umpph!
cikkiwi recently posted..Lelaki Panas Baran?
gula aising eh?
cmni kene dapatkan jugak strawberry ni
sila dapatkan…hehe