Apakah minuman yang biasanya korang minum untuk sarapan pagi? Teh atau kopi? Tahukah korang teh dan kopi mempunyai khasiatnya yang tersendiri selain dari hanya sebagai minuman.
Antara khasiat teh dan kopi yang tidak diketahui ramai :-
Rambut bersinar dengan kopi
Bancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar. Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut korang pasti berkilau.
Kopi singkir selulit.
Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi dengan air panas yang dicampur satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.
Buang sel kulit mati dengan kopi
Buang sel kulit mati dan dalam masa sama kurangkan pori-pori yang terbuka. Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur. Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika kulit korang jenis kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran korang.
Mata segar dengan teh
Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata korang serta-merta.
Teh melegakan kaki yang penat
Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.
Teh sebagai rawatan wajah
Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit korang sensitif.
Korang boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.
Teh melegakan luka
Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.
Kulit kepala sihat dengan teh
Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.
Jangan lupa untuk mencubanya
loading...
loading...
kedua2nya byk juga khasiatnya..ttp yg penting kurg kan gula..

Jebeng Otai™ recently posted..Menghargai Komentator Tegar
betul tu…gula yang berlebihan akan memudaratkan
Banyak jugak khasiat kopi dan teh ni. Boleh try kalau ada masa terluang ^_^
Sally Yatiey recently posted..Dalam Hati Ada Taman
try jangan tak try…hehehe
nikmat sekali rasanya yah…
suka kedua-duanya ke?
betul 2,malah kopi juga merupakan minuman kesukaan Nabi Muhammad s.a.w
Nuzul Haziq recently posted..Kisah Nabi Khidir a.s
puteri lebih gemarkan kopi berbanding teh
ida bekfast dengan susu + coklat
thankz for sharing
waaa byk jgk ek kgunaan kopi dgn teh ni..nak try la..ida xsuke minum ke2 2 nya..kalo try main2 mcm tu nak buat la jugak ..ngeee
puteri breakfast air je…hehehe
try la nanti yer
klau pagi2 minum milo, bila ptg baru minum teh

caliph recently posted..quote of the day (part 2)
malam pun minum milo kan
ikut rasa nak bancuh hehe..kadang-kadang teh, kadang-kadang kopi..owh banyak rupanya kegunaannya eh..erm boleh cuba ni

kaishin recently posted..la dah habis rupanya..hehe
kopi dan teh, puteri minum siang je…malam minum milo…hikk.
silakan cuba
kopi atau teh? kedua2 nya azie suka…ade urmmmpp !
azie namico recently posted..Speechless
selalunya minum yang mana satu?
kopi @ teh dua2 ada kebaikannya.akak prefer kopi tapi anak2 + en.somi prefer teh. petua best yg tuk rambut tu.nak try tapi alahai.. mau rambut budak berempat tu yg cantik nanti
syiela recently posted..Sticker Comel dari CKJ
puteri suka kopi bila time sejuk..sangat best…try je kak…hehehe
teh mmg bagi segar mata… segar mata tak mengantok.. hehehe.. minum teh tengah2 malam confirm esok pagi baru tdo.. terbalik pulak dgn kopi, minum kopi makin rasa mengantok adalah..
aisya recently posted..Perempuan dan Bola. Komen?
aik…bukan minum kopi tahan ngantok ke
tu la sis.. sy kalau teh berkesan hilangkan ngantok.. kalau kopi haram.. haha.. sy pun pelik..
aisya recently posted..Novel RAM untuk dijual?
tak pernah sis dgr org minum teh akan ngantok…ni baru first time..hehehe
kopi yg ngantok sis, bukan teh.. hehe
aisya recently posted..Wordless Wednesday : Resipi
la ingatkan aisya ckp teh
saya memang minum kopi setiap hari tetapi amat jarang minum teh…seminggu secawan pun susah..
hatiputera recently posted..Sepuluh Blogger Kacak Di Malaysia
kira kopi memang favourite eh
memang berkhasiat tapi jgn terlalu manis pula.
thomas recently posted..All Aboard
betul tu…kalau manis sgt nanti berpenyakit pula
pd ayie ….teh dan kopi x laa terlalu suka minum sgt..
cuma kalau dah terhidang kan atas meja …ayie minum jer….
p/s : selain utk diminum byk gak kelebihan lain kopi dan teh…
minuman paling favourite apa eh?
ayie selalu minum air kosong…
bila terasa nk bancuh air…ayie bancuh air milo atau minuman oat dlm paket…

Ayie Abas recently posted..Awan Pelik Di Sabah
air kosong memang elok untuk kesihatan
Air Kopi yg pekat adalah bahan penting agar mata dpt bertahan sepanjang perlawanan EURO 2012…
koding recently posted..Hipnosis, Rawatan Separa Sedar
kira hari-hari minum kopi la ni eh
tips yang sangat bagus,. nanti saya coba praktekkan..
terima kasih atas sharenya…
apink recently posted..Cara Melihat Orang yang Mengunjungi Profile Facebook kita
sama-sama. cubalah yer
suka minum air teh
anie recently posted..Si cilik berbulu disisih kawan
teh memang bagus untuk kesihatan kak
petua yg sangat menarik.. boleh la mama try nnt.. tp kalau penggemar nescafe mcm mama ni camne plak.. huhu
mama annezz recently posted..SET CADAR YAME
try jelah mama…ohh pengemar nescafe rupanya..hehe
secawan neskepe buleh buatkan mama berjaga sampai kul 4 pagi.. jom teman mama update blog ^_^
mama annezz recently posted..PRODUK KESIHATAN CY2000 – Mangosteen Coffee
wah..jom-jom…puteri pun tgh update blog ni