Wednesday , 19 June 2013
PANAS
You are here: Home » Sharing » Memahami Hati Seorang Lelaki

Memahami Hati Seorang Lelaki

Dalam kehidupan setiap wanita pastinya ada insan yang bergelar lelaki. Begitu juga dalam kehidupan puteri, ada ayah, ada pak sedare, ada abang-abang dan adik-adik sepupu dan ada si dia. Tidak lupa juga rakan-rakan lelaki yang lain.

Adakalanya terfikir juga, adakah hati lelaki ini sekompleks hati wanita?

Selalunya orang lelaki akan cakap, hati wanita ni sukar untuk difahami. Ye eh hati wanita ni susah nak faham? Atau korang yang tak cuba untuk fahami…hehehe

Anyway untuk entri ini, puteri bukan nak ceritakan tentang hati seorang wanita sebaliknya nak rungkai misteri hati seorang lelaki pula

Suka Berdiam Diri
Berbanding dengan kaum wanita yang suka meluahkan sesuatu perkara, kaum lelaki lebih suka berdiam diri dan menyembunyikan sesuatu hal.Bukan bererti mereka tidak ambil kisah, cuma mungkin itu cara mereka untuk tidak memanjangkan atau mengeruhkan lagi sesuatu situasi yang dihadapi.

Tidak Kompleks
Kehendak seorang lelaki selalunya mudah. Mereka meluahkan apa yang mereka rasa dan mereka juga bertindak mengikut perasaan. Berbeza dengan sikap wanita yang selalunya lebih gemar memendamkan perasaan dan adakalnya juga apa yang diluahkan kaum wanita tidak sama dengan apa yang tersirat dalam hati mereka.

Jangan Memaksa Atau Mendesak
Seorang lelaki sememangnya tidak suka dipaksa ataupun didesak. Adakalanya bila kita mendesak seorang lelaki, mereka mungkin akan bertindak atau meluahkan sesuatu yang kita tidak suka. Jadi seeloknya kaum wanita mengelak dari memaksa atau mendesak seorang lelaki. Jika ingin mengetahui sesuatu dari seorang lelaki, seeloknya baca gerak bahasa badannya, lirikan matanya dan perubahan perlakuannya.

Pentingkan Kejujuran
Tiada siapa yang suka ditipu, baik lelaki mahupun wanita. Seorang lelaki lebih gemarkan seorang wanita yang pandai menyimpan rahsianya. Cara ini akan membuatkan lelaki itu lebih mempercayai wanita tersebut dan akan membuatkannya berasa selesa untuk berkongsi rahsia-rahisanya yang lain.

Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih gemarkan sesuatu yang simple. Lelaki sukar untuk memahami sesuatu yang disampaikan secara berkias mahupun berbunga-bunga. Malah seorang lelaki lebih suka sekiranya seorang wanita bercakap secara terbuka dan berterus terang kepadanya.

Semoga kaum wanita (termasuk Puteri) akan lebih memahami hati seorang lelaki lepas ni. Dan kepada kaum lelaki yang membaca entri puteri ini, puteri ada satu soalan untuk korang.

Benarkah hati korang sebegitu? Atau ada lagi info yang korang nak puteri tambahkan?

 

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Memahami Hati Seorang Lelaki, 10.0 out of 10 based on 3 ratings

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

22 comments

  1. setuju ngan apa yang puteri tulis tu..sebab saya pun camtu :D
    kaishin recently posted..epal paling beracun?My Profile

  2. bila ada yg x kena, sy pilih utk diam…
    caliph recently posted..quote of the day (part 3)My Profile

  3. salam puteri

    setuju hasil dari pemerhatian perangai en.ad (^_^)
    syiela recently posted..Port biasa jika tak keluarMy Profile

  4. The truth …LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!hahaha…
    azie namico recently posted..I love YouMy Profile

  5. betul tu sis.. especially klau lelaki yg rapat dgn kita.. dah tau dah nak buat ape, nak cakap ape.. kdg2 rasa mcm diorang transparent sgt.. hehe
    aisya recently posted..Demam Bola versi Cik TengTengMy Profile

    • kalau kita dah faham hati diorang…senang sikit kan. ha ah sometimes diorang memang transparent…tu yang best..hehehe

  6. kebanyakkan ciri2 atau sifat2 lelaki dlm entry diatas…benar.

    ayie sendiri seperti itu…^__^
    Ayie Abas recently posted..Sebuah Kisah Tentang Kemulian Insan TerpujiMy Profile

  7. ayie nak share laa puteri entry di atas kat blog ayie pulak…

    ayie mahu jadikan sebahagian khazanah entry2 blog ayie…

    boleh kan? ^__^
    Ayie Abas recently posted..Sebuah Kisah Tentang Kemulian Insan TerpujiMy Profile

  8. lelaki suka tak faham ape yang perempuan nak. :’(
    cikkiwi recently posted..Hannah Iman Demam Denggi ~My Profile

  9. lelaki x serius perkara2 yg kecil..diorg lebih suka perkara yg impak besar..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Eyriqazz vs Denaihati : Tema SEO ThesisMy Profile

  10. Lelaki faham isteri…
    Perempuan faham suami…
    Barulah aman rumah tangga…
    koding recently posted..Pesawat ‘Solar Impulse’ Rentas Padang PasirMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top