You are here: Home > Sharing > Si Gadis Dan Kunang-Kunang (1)

Si Gadis Dan Kunang-Kunang (1)

Seorang gadis merenung ke luar tingkap memikirkan masa depannya. Dulu semuanya terasa kelam, gelap. Gadis itu cuba mencari sinar di dalam kegelapan. Tiba-tiba muncul si kunang-kunang, menari di dalam kegelapan. Cahayanya mempersona mata si gadis. Gadis itu terasa bahagia. Cahaya si kunang-kunang menerangi hatinya. Gadis itu mengikut rentak si kunang-kunang dan menari bersamanya. Alangkah bahagianya waktu itu.

Namun secara tiba-tiba, si kunang-kunang pergi meninggalkannya.Gadis itu tertanya-tanya, keliru. Puas dia cuba mencari kunang-kunang itu. Dari jauh kelihatan si kunang-kunang masih lagi berterbangan. Namun setiap kali dihampiri, si kunang-kunang semakin menjauh. Membuatkan gadis itu keliru dan hampa.

Apakah salahnya kepada si kunang-kunang itu. Sampainya hati si kunang-kunang itu membiarkan si gadis terkapai-kapai penuh persoalan.

Gadis itu terpaksa menjadi penunggu sepi. Menunggu si kunang-kunang kembali semula menghiasi gelap malam. Adakah penantiannya akan berakhir dengan kebahagiaan?

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

26 comments

  1. semoga gadis itu bahagia

  2. teringat dulu kt kampung banyak kunang2.. tp sekarang xnampak dah.. hmm..

  3. Sampainya hati kunang2 tersebut meninggalkan gadis itu. Terkapai2 gadis itu keseorangan.

  4. mendalam isi tersirat ni.. :)

  5. kunang2 x salah.. tempoh hayatnya mmg singkat…

  6. kunang-kunang tu tinggal sekejap je, nanti dia datang balik :P

    *mudaha-mudahan penantiannya akan diakhiri dengan kebahagiaan :D

  7. sbb sikunang2 tu punya sayap kot sbb tu laa dia x leh duduk diam…haha2 :P

  8. betul tu azie…setiap penantian sangat menyeksakan namun selalunya ia berakhir dengan kebahagiaan.

  9. lain kali, tangkap aje kunang-kunang tu. simpan dalam botol. hari-hari leh tengok..

  10. susah sangat nak jumpa kunang2 sekarang.. zaman akak kecik2 dulu mmg bertemankan kunang2 kat kampung.. siap kejar tangkap dan letak dalam botol lagi…

    penantian suatu penyiksaan moga ada ‘kunang2′ ganti buat sigadis nanti

  11. huhu.. knp tggalkan kunang2 tu.. T__T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top