Sinopsis Drama Waris | Drama bersiri sebanyak 13 episod, Waris yang diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd bakal mengantikkan Amukan Pocong mulai 14 Jun ini setiap Khamis 10 malam di TV3. Frama bersiri ini merupakan sekuel kepada drama bersiri Kekasihku Seru yang pernah ditayangkan dulu.
Waris mengisahkan kehidupan Rashad (Fizz Fairuz) dan Marisa (Emelda Rosmila) selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar (Fadzrin Danial). Waris (Hairi Othman) menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu (Kuza) untuk memastikan hayatnya berpanjangan.
Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran.
Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah (Syamiem Alnisa).
Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri (Umie Aida), Ibu kepada Marisa.
Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban.
Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris.
Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida ( Liza Shadan) dan suaminya, Fariz (Mozalfa Faisa).
Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya.
Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?
Untuk mengetahui cerita selanjutnya, kenalah saksikan drama bersiri Waris yang di arahkan oleh Kabir Bhatia
loading...
loading...
owh sambungan kekasihku seru ni..boleh tgk ni

kaishin recently posted..benar atau sekadar gimik ?
minat cerita seram eh?
minat juga la sikit-sikit

kaishin recently posted..wordless wednesday : betul ke ni?
leh la tgk esok
erm tgk kot tp esok ada Friday i’m in love

kaishin recently posted..wordless wednesday : kecewa.
bila friday je baru in love ke? hikk
klau x silap ada tgk episod ptama aritu…
caliph recently posted..Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida
episod pertama akan ditayangkan esok la awk
erkk, tp aritu sy dh tgk diorg ni blakon, yg lama punya kot…
caliph recently posted..Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida
tu yang season pertama kot..kekasihku seru…ni sekuel citer tu
Cerita kekasihku seru dulu best…hrp2 sequelnya pun best juga
harapnya begitulah kak kan..eh lama tak nampak akak
tak sbr nk tgk.. suka tgk cite horror mcm ni
ruzzezanie recently posted..Pesanan Kepada Perokok
puteri pun suka
Drama arahan kabir bahtiar selalunya best2.. tapi hrmmmm tengoklah nanti boleh tengok ke idak ^_^
syiela recently posted..Saya pun nak main kat luar
ha ah selalunya best…akak minat cerita seram tak?
alamak seram ke.. hehehehe anak2 dan abahnya yg tengokkan hr tu

syiela recently posted..Kerana amukan pocong dan Waris
sis tengok tak tadi? episod kedua
wah… best2.. akak, kekasihku seru tu cerita fav sy dn rumet masa 1st yr dulu. biarpun malam2 takut nak pergi toilet gara2 tengok drama ni.. pastu masing2 nk carik laki macam rashad.. haha..
aisya recently posted..Wordless Wednesday : Resipi
ni mesti aisya akan ikuti siri waris kan
mesti! hehe
aisya recently posted..Spontaneous Thursday : Nuffnang
14 Jun? Tak berani tengok cerita hantu malam2 ni ^_^ Lainlah cerita hantu yang lawak2.
Sally Yatiey recently posted..Gambar anak Nia Ramadhani
puteri tak suka sangat cerita hantu yang lawak-lawak …hehe
kisah hantu tak akan hbis sli ada permintaan huuu
suri recently posted..Update Makan Sambil Menjawab
suri tak minat citer hantu eh?
huuuuu xnk tgk la..takut nk layan cite2 mcm ni..pas2 xleh nk tido lak nnt hehe…

zana recently posted..Di mana Asal Kita,Di situ Juga Kita Kembali!!
puteri suka layan citer seram…hehehe
bila ayie baca sinopsis drama seram tu…rasa mcm menarik dan kompleks ceritanya.

Ayie Abas recently posted..Snow White and the Huntsman
tapikan..sayangnya puteri dah ingat-ingat lupa drama kekasihku seru
tadi masa mula episod pertama disiarkan semula sedutan beberapa babak yg dulu…
jadi faham laa jugak kn kpd yg belum pernah tgok drama yg terdahulu…

Ayie Abas recently posted..Awan Pelik Di Sabah
tapi kalau dapat faham keseluruhan jalan cerita Kekasihku seru lagi best kan…hehehe