You are here: Home / Petua & Tips / Tips Mengembirakan Hati

Tips Mengembirakan Hati

Ada saat dan tikanya kita akan berasa sedih, kecewa mahupun sengsara. Saat itu emosi akan berubah menjadi tidak stabil. Sebenarnya tak elok untuk kita berasa sedih untuk tempoh masa yang lama. Kita sepatutnya bijak mengatasi rasa sedih, kecewa dan sengsara tersebut dengan sebaiknya.

Tips Untuk Mengembirakan Hati

Latih Minda Untuk Melupakan Kenangan Pahit
Kita seringkali berasa sedih bila mengingat kembali segala kenangan dan memori silam yang pahit mahupun menyedihkan. Sepatutnya yang dulu biarlah berlalu, tak usah di kenang lagi. Kita perlu nekad untuk melupakan semua perkara yang lalu dan mulai fokus pada masa depan. Pastinya kita tak dapat melupakan semua kenangan pahit dalam sekelip mata namun kita mampu memadamkannya sedikit demi sedikit dngan memfokuskan perhatian pada benda yang lebih bermakna seperti cita-cita, keluarga mahupun kerjaya.

Buang Sikap Risau
Perasaan risau akan membuatkan kita seringkali berasa sedih dan kecewa malah takut juga. Perasaan risau juga memberi kesan buruk pada kesihatan dari segi fizikal dan mental. Seeloknya kita belajar untuk membuang sikap risau dengan belajar untuk bertenang dan melatih diri mengawal emosi.

Belajar Untuk Bersyukur
Belajar ucap syukur untuk apa sahaja yang kita miliki. Ucapkan syukur dengan seihklas hati. Cara ini akan membantu kita untuk lebih menghargai. Biarlah mengucap syukur ini meresap ke dalam diri kita dan menjadikannya satu kebiasaan.

Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan dan emosi yang negatif. Kita akan bertambah rasa kecewa andainya kita tak dapat nak memaafkan kesalahan diri sendiri dan juga kesalahan orang lain. Terima hakikat bahawa tiada insan yang sempurna. Kita semua melakukan kesalahan dalam kita sedar atau tak. Jadi belajarlah memaafkan dan kembalikan ketenangan dalam diri.

SELALU KETAWA
Bukan berpura-pura ketawa tapi ketawa pada sesuatu yang benar-benar mengembirakan hati kita. Cuba menonton klip video yang melucukan. Dekatkan diri dengan insan-insan yang mampu membuat kita tidak kering gusi. Ketawa mampu menghilangkan kesedihan. Tidak perlu kecewa sedangkan kita mampu ketawa.

Positifkan Minda
Ada saat dan tikanya kita akan berdepan dengan situasi-situasi yang bakal membuatkan kita sedih dan kecewa namun kita boleh cuba untuk mencari cahaya disebalik setiap kegelapan. Cuba fikirkan yang baik-baik sahaja kerana kita seringkali menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

Keraskan Hati
Maksud keraskan hati ialah mempunyai kesabaran yang tinggi dan bijak mengawal emosi dan sentiasa menerima semuanya dengan penuh keredhaan. Adakalanya dugaan yang kita hadapi adalah untuk menguatkan lagi semangat kita dan menjadikan kita lebih matang untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.

Sebelum masuk tidur, setkan minda untuk menjadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur pula, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk ditempuhi.

P/s kalau kita tak gembirakan hati sendiri, tiada orang lain yang mampu melakukannya untuk kita.

SUMBER

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

22 comments

  1. slalu ketawa tp pada masa & tempat yg btul kn, hikk…

  2. nak gembira kena bergantung pada diri sendiri, kan..saya suka :D

  3. Nice tips :D Jom bergembira! hee ^_^

  4. dalam hidup yg sementara nih…. kita kena sentiasa positif diri dan gembirakan hati dlm apa jua keadaan yg melanda hidup…. :)

    perkongsian yg menarik..puteri :)

  5. jom gembirakan hati…hehehe

  6. sy cuma satu je.. positifkan minda.. mcm tu lama2 boleh lupa bnde yg menyakitkan hati.. tp sy ni jenis makin sy sakit hati dgn org tu, makin susah nak lupa.. yg sy buat elakkan diri dr org tu.. lama2 nnti jadi malas dh nk fikir.. hehe

  7. jika hati dah hepi..mmg xder masalah punya :)

  8. always be happy :)

  9. kalau happy semuanya berjalan lancar… jom happy.. takmo sedih2

  10. kiwi sokong 100 peratus. tapi…nak amalkan nya susah jugak kak..huhu..:'(

  11. Tak mau sedih2 yer
    Bara bara bara
    bere bere bere

  12. suka aktikal ni hehe like like :) :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top