You are here: Home / Petua & Tips / Tips Untuk Kuku Cantik Dan Bersih

Tips Untuk Kuku Cantik Dan Bersih

Penjagaan kuku adalah penting walaupun adakalanya dipandang remeh. Namun kuku mampu mengambarkan perwatakan seseorang. Kuku yang tidak bersih mencerminkan seseorang itu tidak menjaga kebersihan diri malah juga boleh memudaratkan diri sendiri seperti terkena keracunan makanan.

Menjaga kebersihan kuku sama pentingnya seperti menjaga kebersihan anggota badan yang lain.  Jom kita berkongsi tips menjaga kebersihan dan kecantikkan kuku secara tradisional.

LIMAU NIPIS
Gunakan limau nipis untuk merawat kuku korang. Gosokkan limau pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan hasilnya kuku korang akan kelihatan cantik.
BELIMBING BULUH
Bersihkan kotoran dicelah-celahkku korang, kemudian ambil belimbing buluh gosokkan dikuku korang. Pastikan kulit luar belimbing juga digunakan sekali gus untuk menguatkan kuku.
KUNYIT HIDUP
Kunyit hidup dapat membantu menghilangkan bau kurang enak pada kuku. Campur parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada tempat yang diinginkan kemudian lap dengan tuala yang agak panas. Akhir sekali lap dengan kering dan lihatlah hasilnya.
BAWANG PUTIH
Bawang putih sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin. Ia dapat membantu menguatkan struktur kuku korang. Bawang putih juga boleh menggilatkan lagi kuku korang.
GETAH BUAH BETIK
Getah buah betik baik untuk membersihkan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan menjadi tidak mudah kering. Ia dapat melindungi kuku korang dengan baik jika dilakukan dengan kerap.
Mudah kan. Tak perlu membazir duit untuk melakukan manicure. Jom kita bersihkan kuku.

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

37 comments

  1. yang limau nipis tu boleh ikut.. senang sangat.. hehehhe lepas ni dari jauh org dah nampak kilauan kuku akak ^________^

    • ha ah limau nipis tu memang senang kan akak…lepas ni ramailah yang akan puji kecantikkan kuku akak…hehehe

  2. kuku sy mmg xcantik.. dah la jari pendek, gemok pulak tu.. hahaha.. tp syukur la ada drpd xde kan sis.. tp xsalah kalau mncuba petua2 kt atas ni.. hehe

  3. kuku sy cpat pnjang laa, erkk…

  4. tips kuku berkilat ada x

  5. kuku ida dah canteq :D

  6. kesemua bahan2 tu memang mudah didapati..puteri

    perkongsian yg amat bermanfaat…

    terbaikkkk ^__^

  7. kalo bersih dan sihat semua org suka.. :)

  8. Nice tips! Boleh try ni Cik Puteri :D hee

  9. kuku zana xcntik pun hehe :D

  10. mmg penting penjagaan kuku ni dan kebersihannya..sbb ia sentuh makanan ketika makan..

  11. Kuku ibu jari kaki saya banyak yg serpih2…
    Kenapa ya???

  12. hahaha..ye juga kan.. yang penting pendek dan bersih :)

  13. belimbing buluh banyak je kat rumah ni..boleh la cuba :D

  14. aku guna sabun lux aje. haha..

  15. selalu memasak kat dapur automatik kuku jadi cantik. haha. tak caye? cubalah..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top