Thursday , 20 June 2013
PANAS
You are here: Home » Renungan » Cantiknya Seorang Wanita

Cantiknya Seorang Wanita

Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan kerana gincu bibir yang merah menyala atau kilauaun pemerah pipinya tetapi sifat lemah lembutnya dan sikap sopan santunnya.

Cantiknya seorang wanita sebagai remaja bukan kerana kulitnya yang gebu terdedah atau pandangan nafsu mata yang mengoda tetapi kepada keperibadian yang terjaga dan maruah diri yang terpelihara.

Cantiknya seorang wanita sebagai hawa bukan kerana bijaknya mengugat keimanan kaum adam atau melahirkan zuriat tanpa ikatan tetapi kepada kecekalan hati dan ketabahan diri berdepan dugaan.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai anak bukan untuk menconteng arang di muka atau mengalirkan air mata ibu bapa tetapi untuk menceriakan serta mendoakan kesejahteran mereka.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai isteri bukan untuk mencurangi atau menjatuhkan maruah suami tetapi untuk sentiasa setia di sisi dan kekal mencintai sehingga nafas terakhir.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai menantu bukan untuk mengejar harta kekayaan atau menyakiti hati mertua tetapi untuk menjauhi persengketaan ipar duai dan menjadi menantu idaman.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ibu bukan terletak pada keeogaan melahirkan zuriat yang ramai tetapi pada didikan dan kejayaan membimbing seorang insan bergelar anak.

 

Sungguh cantik perjalanan hidup seorang wanita andainya ia diisi dengan keredhaan dan kesyukuran.

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Cantiknya Seorang Wanita, 10.0 out of 10 based on 1 rating

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

44 comments

  1. kecantikan seseorang wanita akan semakin terserlah jika disertakan dengan kecantikan dalaman..kan :D
    kaishin recently posted..kekal di sana selama-lamanya.My Profile

  2. jarang2 dpt jumpa cantik dalaman…
    caliph recently posted..bila jatuhMy Profile

  3. Tirana setuju dengan apa yang ditulis…
    semua ada kat atas tu cukup dan lengkap..
    Thanks sharing
    TiranaAduka recently posted..MASTER CHEF MALAYSIAMy Profile

  4. memang wanita sungguh cantik..
    zool recently posted..Media Baru Menjejaskan Pergaulan Generasi MudaMy Profile

  5. nyue rs beruntung dan sgt bertuah menjadi wanita :)
    Nyue recently posted..Kembali Bercerita…My Profile

  6. cantik luar cantik dalam adalah satu bonus…

    alhamdulillah dilahirkan sebagai wanita ^_^
    syiela recently posted..Masterchef Selebriti / 5 Finalis ke peringkat AkhirMy Profile

  7. sgt beruntung jadi wanita ^^
    Cik Rongoks recently posted..car is keretaMy Profile

  8. wanita mmg cantikkn :D
    oopet recently posted..Lunch preview :D My Profile

  9. hehehe.. yup, mmg cantik!
    aisya recently posted..Linut atau Ambuyat? Apa tu?My Profile

  10. wahhhh…isteri dambaan para suami nih….

    ayie suka dgn entry nih… ^__^
    Ayie Abas recently posted..HANG TUAHMy Profile

  11. nak jadi cantik luar dalam..
    babycomel recently posted..Hancur luluh hatiku..My Profile

  12. cantik nya wanita yang membimbing anak2 agar menjadi insan yang soleh
    onlajer recently posted..Onlajer,Chain Block & Chain SawMy Profile

  13. Dalam Al-quran pun Allah menyatakan Wanita itu Perhiasan Dunia :)

    Seindah hiasan adalah wanita solehah
    ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #10 – Flash Banner Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

  14. wanita memang diciptakan dengan kecantikan.Kalau dpt cantik luar dan dalaman pun lagi nampak kecantikannya tu..untunglah!!
    azie namico recently posted..Maher Zain – Assalamu AlaykaMy Profile

  15. Pilihlah wanita untuk dijadikan isteri di kalangan orang yg cantik…
    koding recently posted..Berakhirnya Spesies Kura-Kura Gergasi GalapagosMy Profile

  16. mama suka entry ni.. ikhlas dari hati princess mama yang cantik ;)
    mama annezz recently posted..JOM ORDER TIKAR EVAMATIKMy Profile

  17. harap2 dapat yg cntik dlm dan luar juga..~
    p/s: aku bujang lagi oi..! hahahaha
    LOLA recently posted..Restoran Terapung Di AwanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top