You are here: Home / Pendapat / Kerana Berbeza Fahaman Politik

Kerana Berbeza Fahaman Politik

Sejak kebelakangan ini, puteri perhatikan dah banyak berlaku pertelingkahan akibat fahaman politik yang berbeza. Semua ini pastinya disebabkan oleh PRU yang ke 13 yang semakin menghampiri.

Seriously, puteri tak suka berbincang soal politik, namun bila melihat bermacam-macam pertelingkahan yang berlaku akibat perbezaan fahaman politik, terdetik juga di hati puteri ini, berbaloikah?

Dua contoh yang nak puteri kongsikan dengan korang :-

1) Dua artis yang pernah berlakon bersama, kini seakan mula bertelingkah bila salah seorang dari mereka seakan tidak berpuas hati kerana yang seorang lagi mula lantang bersuara dan seakan memihak pada parti lain.

2) Sepasang suami isteri di usia emas sanggup bercerai hanya kerana dikatakan mempunyai berbezaan fahaman politik apabila salah seorang darinya telah menghadiri satu ceramah yang dianjurkan oleh parti lain.

Bila difikirkan kembali, berbaloi ke merosakkan sesuatu perhubungan yang telah lama terjalin hanya kerana perbezaan fahaman politik?

Pada pandangan puteri, memang langsung tak berbaloi. Buat apa kita mengeruhkan perhubungan sesama manusia hanya kerana sesuatu yang remeh yang tidak akan kekal selamanya.

Pendapat korang pula macamana?

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

26 comments

  1. mmg langsung tak berbaloi…

  2. eee.. tak suka kalau orang buka cerita pasal politik depan sy ni sis.. mmg ringan je kaki sy ni nk blah.. huhu..

  3. x berbaloi rasanya..xkan sbb taksub keluarga binasa..

  4. Sop pun x suka politik.. uhuhuh

  5. politik permainan licik org yg bercita2 besar…

  6. tak berbaloi langsung..ni lah jadi bila urusan politik jadi urusan peribadi..

  7. mungkin ada sebab lain tak terselindung jugak kot… entahlah, hanya mereka yang tahu….
    ni baru sebelah pihak ghoyak…

    tapi mungkin betul juga..

    errk..mungkin juga salah…

  8. akibat terlalu taksub dan kurang ilmu yg sahih…maka begitulah jadinya…

    sebab itu didlm surah al fatihah…kita memohon pd Allah supaya ditunjukkan jalan yg lurus…bila Allah sudah tunjukkkan pd kita jalan yg lurus..tiada lagi mana2 pihak boleh pengaruhi kita utk menjadi balaci mereka dlm menjayakan agenda atau cita-cita mereka. wallahu’allam.

  9. hmm.. pet xminat politik.. mmg xambik taw sgt :D

  10. ha ah memang tak berbaloi

  11. ha ah betul tu kak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top