Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui. Buat insan yang sedang melaluinya pasti akan bersetuju jika Puteri katakan bahawa cinta jarak jauh ini memerlukan pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi berbanding cinta jarak dekat.
Maksud cinta jarak jauh ialah apabila pasangan itu terpisah jauh di mata kerana beberapa faktor antaranya tinggal berjauhan, faktor kerja, halangan keluarga dan mungkin ada sebab-sebab lain yang menyebabkan pasangan tidak dapat berjumpa selalu.
Bercinta jarak jauh amat mencabar dan agak sukar buat sesiapa saja yang melaluinya namun ia bukan sesuatu yang mustahil kerana ramai yang diluar sana yang pernah melaluinya dan akhirnya perhubungan mereka berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan yang bahagia.
Peluang untuk percintaan jarak jauh ini bertahan lama dan kekal adalah sama seperti cinta jarak dekat. Dari sudut positif ia lebih manis kerana menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat dan juga ia mampu menguji kekuatan cinta antara pasangan.
Bercinta jarak jauh akan membuatkan kita semakin merindui pasangan kita. Namun kita tidak perlu risau kerana setiap kali timbul rasa kehilangan dan kekosongan, kita boleh menghubungi pasangan kita menerusi panggilan telefon, sms, e-mail dan berchatting. Malah kini Facebook, Twitter, Skype menjadi trend terbaru untuk menjadi pengantara buat percintaan jarak jauh.
Namun dari sudut negatifnya pula bercinta jarak jauh ni agak bahaya juga kerana dikhuatiri kasih sayang akan makin pudar akibat lama terpisah jauh.
Ada beberapa tips untuk mengekalkan Percintaan Jarak Jauh :-
Yang paling penting perlu ada kepercayaan dan kejujuran. Jangan berfikir yang bukan-bukan tentang pasangan. Berserah segalanya pada takdir dan pastikan kejujuran hadir pada diri sendiri juga. Jangan curang pada pasangan korang. Dan dengan izin dariNYA pasangan korang juga akan setia.
Cinta jarak jauh memerlukan komitmen yang tinggi. Walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuh, pastikan korang dan pasangan selalu memberikan komitmen pada cinta.
Korang perlu sentiasa berhubung. Walaupun tak dapat bersemuka, masih ada cara lain untuk sentiasa berhubung. Cara ini dapat mengelakkan pasangan mencari keseronokkan dengan orang lain kerana tentu kita tidak mahu pasangan kita mencari insan lain untuk mengisi kekosongan dan kesepian hatinya.
Jangan terlalu berprasangka buruk pada pasangan. Selalu berfikiran positif dan cuba kawal emosi diri. Elakkan bergaduh ketika korang berhubung kerana itulah saja peluang korang untuk merapatkan hubungan dengan si dia.
Ikhlaskan hati mencintai pasangan. Tunjukkan sikap ambil berat korang walaupun hanya melalui panggilan atau sms. Buatkan dirinya rasa istimewa dan disayangi.
Sesukar manapun cinta jarak jauh ini, masih ramai yang mampu bertahan kerana masih percaya akan ada kebahagiaan di masa depan.
Kepada korang yang bercinta jarak jauh, puteri doakan agar kebahagiaan bakal menjadi hadiah paling bermakna buat korang dan si dia yang tersayang.
p/s rindukan matahari
loading...
loading...
betul tu sis.. yang penting percaya.. huhu
En. Barney ni sis, ade je skype, twitter, FB tu sume tp sekadar hiasan je.. bukannye nk gunakan kemudahan yg ada.. sabar je la.. haha!
aisya recently posted..Segmen Ramadhan : Juadah Berbuka Anda?
kepercayaan tu sangat penting kan
tapi cinta aisya bukan jarak jauh kan..hehe
sekarang ni jarak jauh la sis.. masing2 dah balik bercuti.. hehe
aisya recently posted..Segmen Ramadhan : Juadah Berbuka Anda?
sementara je kan
Setakat ni yg akak tau cinta jarak jauh semuanya kecundang.. huhuhu..
eh bukan semuanya kak…banyak yang kekal ke jinjang pelamin
Pasangan kena set their mind dengan benda positif je.. Trust each other.. Kalau itu berlaku, I’ll bet you are getting married soon..
Muiz aL recently posted..Tipikal – Bila Bulan Ramadhan hampir tiba
kena selalu fikirkan yang positif kan..trust memang penting
ika penah gak lalui cinta yg cmnie tp xde la jauh sgt.hikhik..kb-shah alam je. tp tu dulu la. hahaha
Cik Rongoks recently posted..kad raya cik rongoks
sekarang?
mcmane leh tau ni..hehe

Jebeng Otai™ recently posted..Eyriqazz versus Denaihati : Ancaman Replytocom?
dari pengalaman gak kot..hehe
yang penting percaya satu sama lain..jgn ada rasa syak wasangka..pas2 kena jujur n setia..
zana recently posted..Adik Nur Farah Athirah Balqis merengek !!
yer semua ciri-ciri itu perlu ada
sesuatu yg susah zaman dulu tetapi bukan sekarang.
thomas recently posted..An evening at Coral Bay
sekarang mudah je kan
siapa matahari?!
caliph recently posted..sepasang rabbit kiut
eh tak kenal matahari ke? hikk
ntah laa, x knal…
caliph recently posted..sepasang rabbit kiut
esok bila awk bangun pagi..awk gi cari matahari tu
Isshhkkk… Biarlah depan mata…
Senang kalau nakal2 boleh pulas telinga dia…
koding recently posted..Persiapan Diri Untuk Berjaya Dalam Sesi Temuduga
hehehe..suka pulas telinga orang ke?
bg cik balqis pulak..kne saling percaya ant satu sama lain..tu je..sbb sy dgn bf sy da 6tahun..da nk msuk 7thun xlme lg..jarak jauh jgk

cik balqis recently posted..Kebaikan dan keburukan pelajar bawa handphone ke sekolah
wahhh..semoga berkekalan hendaknya
insyaAllah..mmg byk dugaan spnjg 6tahun tu..tp masih kekal lg..amin~ nak tips bole tny sy..hikhik (n_n)v
cik balqis recently posted..1st GiveAway Cik Balqis
wah banyak pengalaman ni..ehehe
semua yg awk tulis tu betul tp yang paling penting percaya dan jujur..positif dan sentiasa berhubung tu pun penting juga kan..hehe

kaishin recently posted..ulam raja..sedapnya!
betul kan semuanya..tulis berdasarkan pengalaman..erkk
ha ah mmg betul..oo pengalaman sendiri yer

kaishin recently posted..kurangkan manis dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman ^_^
pengalaman yang baru tercipta..erkk
semoga berkekalan selamanya yer..hehe

kaishin recently posted..kurangkan manis dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman ^_^
doakan yer ..hehe
bgi pet la, kecundang kot.. susah woo jarak jauh.. huhu

oopet recently posted..Jalan-jalan cari makan
tak susah mana la pet..usaha je kena lebih
xberjaya.. pet gagal.. haha.. even xbercinta pn fail

oopet recently posted..Perak
uik..camna tu? ceciter
xberjaya la.. haha.. fail..

oopet recently posted..HSAH – dengue
alahai..takpe..try lagi nanti…hehe
saya ngan hubby dulu jarak jauh jugak.7 tahun kapel la katakan..mcm mcm dugaan..Alhamdulillah, bertahan smpai skang..:)
zuha recently posted..Pelakon Seksi di Mahkamah?
wahh berjaya mengatasi halangan kan kak…puteri doakan kebahagiaan akak dan suami sampai akhir hayat
boleh…jika kedua blah pihak….setia…huhuhu…cuma susah
yang penting komitmen
hanya d butuh kepercayaan,kesabaran dlm menjalin cinta jarak jauh..
keep spirit sob..
eflianda recently posted..Cara Merubah Blog Nofollow Menjadi Dofollow
yer betul tu
Setiap pasangan kena jujur dan setia barulah boleh bertahan cinta jarah jauh ni. Kalau tak jujur, curang belakang pasangan memang susah la.
Hazmin Hamudin recently posted..Dato’ Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012
betul tu..dua dua kena berikan komitmen..kalau sorang je..memang tak boleh
boleh je asalkan setia dan jujur dengan pasangan kita. insyaallah kekal la hubungan tuh.
eiela recently posted..Pucuk Ubi Punca Kambing Sakit Perut
kesetiaan dan kejujuran semangnya sangat penting
bersabar dan setia menanti , dan jgn lupa kuatkan semangat …yeahhh
azie namico recently posted..Kompilasi La Tahzan
semestinya
mmg btol ap yg dkatakn..skarg ni sy nk mintak pandangan, sy bru mula berjaohan..die di indon setiap bln selama seminggu utk urusan kerja..tp bila smpi sna, die sgt cbuk..kdg2 hnya mlm utk brhubung..yg plg sukar sy nk lalui,die x blh klu sy luahkn ap2 bile sy rsa cdey..bg die i2 satu mslh dan fikiran negative dr sy…sy mahu prcyakan die skp die buatkn sy rsa takut..sy hnya mmpu berserah tp ht sy selalu cdey..
entahlah…tapi jgn terlalu berharap sgt… takut kecewa… coz bnyak laki2 yg curang dibelakang…hmm
dalam apa jua situasi..kita tak boleh terlalu berharap. Adakalanya yang didepan mata pun boleh curang
sis, nak tanya.. kalau bercinta jarak jauh, tapi tak boleh berhubung selama 4 bulan.. boleh bagi tips????
tak boleh berhubung? maksudnya dalam 4 bulan tu langsung tak berhubung ke? call atau sms ke? takde eh?
salam , just nak mntak pendapat .. bolehke cinta jarak jauh ny bertahan ?
krn hal nim tgh terjadi pd sye . so , sye takut biler cinta jarak jauh ni , rase cinta
utk kiter smakin berkurangan . cmner erk ? nak hilgkan was-was niyh ?
puteri akan buat entri topik ini pagi esok…tunggu pandangan dari pembaca yer dan juga pandangan dari puteri
alhamdulillah,,5 tahun sudah….
tahniah…semoga berkekalan