You are here: Home > Renungan > Renungan: Jangan Menilai Luaran

Renungan: Jangan Menilai Luaran

Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Kita seringkali menilai seseorang berdasarkan apa yang kita lihat dengan pandangan mata kasar. Andainya seseorang itu hidupnya penuh dengan kemewahan, kita menganggapnya kaya dan sekiranya riak wajah seseorang itu sentiasa dihiasi dengan senyuman, kita akan menganggap dia sedang bahagia.

Namun tidak semestinya apa yang terpamer di luaran mencerminkan kebenaran.

Jangan sesekali menilai seseorang hanya dengan memandang luarannya sahaja. Mungkin setelah mengenali dirinya, kita akan ketahui pelbagai rahsia yang penuh dengan kisah duka dan lara.

Setiap insan di dunia ada kisah duka dan kisah bahagianya yang tersendiri. Membuatkan kita semua sama di dunia ini. Tiada kaya..tiada miskin..tiada puji..tiada hina. Bila sampai masanya kita akan meninggalkan semua yang kita miliki dan kembali padaNYA.

Sekadar buat renungan di bulan ramadhan. Selamat berpuasa :)

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

28 comments

  1. yer kan mama :)

  2. salam ramadhan…dan selamat berpuasa ya :)

    xkisah die ade rahsia ke x..balas senyuman dgn ikhlas jer..hehe

  3. rahsia hati hanya Dia yang tahu..jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran semata-mata :)

  4. Ada cerita yg terserat di sebalik suka dan duka.

  5. tersurat & tersirat…

  6. :) betul… walau dilanda masalah & pelbagai duka lara, teruskan tersenyum…

  7. di sebalik senyuman tersimpan segala suka dan duka.. hehe

  8. marilah kita sama2 berusaha agar cantik luaran dan dalaman…

  9. yer betul tu azie..puteri setuju :)

    selamat berpuasa yer azie :)

  10. Salam ramadan, skarang baru tahu jangan menilai sesuatu dengan hanya melihat luarannya shj :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top