You are here: Home > Santai > Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Cepat benar masa berlalu kan. Pejam celik dah nak masuk bulan ramadhan. Korang semua dah bersedia untuk berpuasa?

Apa kata kalau korang share ngan puteri kenangan korang berpuasa masa budak-budak dulu. Ada ke yang sembunyikan makanan bawah katil? atau ada yang berpuasa semata-mata nak dapatkan duit raya?

Puteri masih ingat kenangan masa puteri mengajar dulu, ada seorang budak tu usianya 5 tahun. Hari pertama puasa, masuk kelas je dia dah sound kat puteri, “Cikgu, hari ni jangan bagi saya makan waktu rehat tau, saya puasa.”

Puteri tersenyum memandangnya waktu tu, dalam hati terdetik juga, bersemangat betul budak ni.

Bila tiba waktu rehat, Puteri tengok dia dah beratur untuk basuh tangan dan kemudiannya dia duduk dengan budak-budak yang lain bersiap sedia untuk makan.

Puteri terus gi tegur dia… “Iza, kenapa duduk kat sini, pergi duduk dalam kelas, Iza kan tengah puasa.”

Tiba-tiba dia pandang kiri kanan..lepas tu terus jawab “Syhhh cikgu jangan gitau mama saya nak makan. Nanti mama tak bagi saya duit raya, baju baru pun mama tak akan beli.”

Cikgu-cikgu yang kat situ semua tergelak tengok telatah si Iza ni.

Bila zaman budak-budak, kita hanya ikut cakap orang yang lebih tua, sedangkan adakalanya kita tidak tahu sebab, mengapa kita disuruh untuk melakukan sesuatu.

Tapi bila dah dewasa ni, jangan ada yang ikut cara Si Iza tu dah la yer..hehe

DI sini puteri nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada korang semua. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk semua :)

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

32 comments

  1. Selamat berpuasa pu3..xD

  2. salam ramadhan pu3 :D

  3. selamat menyambut ramadan :)

  4. Selamat berpuasa buat semua rakan blogger

  5. kecik2 dulu kalau puasa sehari dapat 50sen.. tp kalau budak2 skrg, ape la 50sen tu.. paling2 pun rm5.. haha

  6. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak sayang Puteri….

  7. masa kecik dulu nakal, balik sekolah terus pegi memancing dgn kawan..bukan nak memancing sangat tapi nak makan..balik rumah kena rotan..hehe :P

    salam ramadhan :D

  8. selamat berpuasa mama :)

  9. selamat berpuasa yer azie :)

  10. Salam Ramadhan Puteri Kasih

    Semoga rahmat Allah yang sentiasa berada di sisi hidup kita, dan semoga Ramadhan kali ini terbaik pernah kita lalui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top