Untuk entri ini, puteri nak sambungkan cerita mengenai si gadis dan kunang-kunang. Untuk korang yang terlepas membaca bahagian 1, sila klik SINI
Keadaan kembali gelap semula apabila si kunang-kunang meninggalkan gadis itu. Si gadis hampa dan mula merenung keseorangan, memikirkan cara lain untuk menerangi kegelapan.
Si gadis sedar, andainya dia terus duduk dan menunggu di situ, dia pasti akan terus berada dalam kegelapan. Jadi si gadis itu pun mula mencuba mencari sesuatu yang mampu memberikannya sinar cahaya.
Tiba-tiba si gadis teringatkan sebuah almari kecil yang berada berhampiran dengan tingkap. Dia yakin di dalam almari itu ada mancis dan lilin. Si gadis segera meraba-raba dalam kegelapan untuk mencari almari itu dan membukanya. Di dalamnya terdapat sekotak mancis dan sebatang lilin.
Gadis itu segera menyalakan lilin tersebut, dengan serta merta bilik itu kembali bercahaya. Malah cahaya lilin itu lebih terang berbanding cahaya si kunang-kunang. Gadis itu tersenyum riang kerana tidak lagi berada dalam kegelapan.
Namun setelah beberapa jam berlalu, lilin yang dinyalakan itu terpadam. Si gadis tertanya-tanya mengapa dengan tiba-tiba dia berada dalam kegelapan semula. Di carinya lilin tadi untuk dinyalakan semula. Sayangnya lilin itu telah cair semuanya dan tidak mampu di nyalakan lagi.
Akhirnya gadis itu berada dalam kegelapan semula dan dia mula menangis.
Adakah si gadis akan terus berada dalam kegelapan? Atau mungkin akan ada cahaya lain yang bakal menerangi?
loading...
loading...
pasti akan ada sinar yg bakal menerangi kegelapan si gadis itu nanti

kaishin recently posted..rayu anak pulang.
kena tunggu sambungannya nanti
aik? tak kan sebatang lilin jer….tentu si gadis beli sekotak kan?….cuba cari lagi..mana tau jumpa lilin yg lain-lain tu…hehe
p/s : aiii..dah mcm e-novel pulak…ada sambungan…

Ayie Abas recently posted..YOUR THOUGHTS
tinggal sebatang lilin je…hehehe
laa…memang betul2 tinggal sebatang lilin jer ker? ermmm…
x apa..ayie nk tunggu sambungannya mcm mana? hehe
Ayie Abas recently posted..HANG TUAH
ha ah sebatang je
jika x berputus asa pastinya ade sinar harapan..

Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Machinchang
betul tu…dalam hidup tidak boleh ada istilah putus asa
eh.. sambungan nh
pet rasa xleh give up nh
oopet recently posted..Only in Malaysia
sememangnya jangan give up
itulah sifat lilin , sanggup membakar diri untuk menerangi kegelapan.
hatiputera recently posted..Ranking Contest Seo Eyriqazz vs Denaihati
itulah erti pengorbanan kan…namun dalam kisah ini..sebatang lilin itu masih belum mencukupi
jangan patah semangat cari pelita pulak ^_^
syiela recently posted..Masterchef Selebriti /Azwan Ali Tersingkir
kena tunggu sambungannya nanti..hehehe
penuh kesabaran gadis nie , lepas nie confirm dia buat unggun api..kekeke
azie namico recently posted..Salam Nisfu Syaaban
terbakar bilik tu nanti…hehehe
ooo…x bole eh! pasang pelita lah…kekeke
azie namico recently posted..Maher Zain – Assalamu Alayka
gadis tu kena gi cari pelita la camtu
kesian gadis tu.. hmmm..
aisya recently posted..Spontaneous Thursday : Dunia
ha ah kesian kan
ada sumber lain, ada spotlight stadium kt tepi umah tu, hukk…
caliph recently posted..aishiteru versi entry
pandai2 je eh