Tahap Cemburu Seorang Lelaki | Kata orang, kaum wanita dan perasaan cemburu tak boleh nak dipisahkan. Bagaimana pula dengan kaum lelaki? Mereka juga dilahirkan dengan perasaan kan. Jadi pastinya mereka mempunyai perasaan cemburu juga. Betul tak? Kalau sesiapa kata dia tak pernah ada rasa cemburu, orang tu kena gi check betul-betul, sebab mungkin dia bukan manusia tapi alien…hikk
Bercakap mengenai lelaki dan tahap cemburu mereka, agaknya kaum lelaki secemburu kaum wanita tak? atau mungkin lebih cemburu?? Jom kita selami hati lelaki dengan menilai tahap cemburu mereka berdasarkan bintang kelahiran.
Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Tahap: 3/5
Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Tahap: 5/5
Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Tahap: 2/5
Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Tahap: 4/5
Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Tahap: 2/5
Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Tahap: 5/5
Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Tahap: 2/5
Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Tahap: 4/5
Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Tahap: 1/5
Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Tahap:4/5
Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Tahap:3/5
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Tahap: 3/5
Wahai kaum lelaki yang menjadi pembaca blog puteri, betul ke korang cemburu tahap itu? Dan buat kaum wanita pula, betul ke pasangan korang cemburu tahap tu?
p/s puteri pun kuat cemburu tapi lom sampai buta lagi..hikkk
loading...
loading...
tinggi jgak meter cemburu zodiak tu, huh…
caliph recently posted..contest word search puzzle
dah hampir tahap maksimum…alert zone..hikkk
wah tingginya meter cemburu tu..erm mungkin kot hehe

kaishin recently posted..hari minggu saya ^_^
maximum tu
hehehe takmo cemburu-cemburu sangat yer
terbalik pulak dgn sifat en. barney ni sis.. hehe
aisya recently posted..Jom Main Masak-masak : Prego Keju & Herba
ye eh? terbalik cmna tu
haha.. skala tu patutnya bukan 1/5 tapi 5/5.. haha
aisya recently posted..Review : Curi-Curi Suka oleh Liyana Zahim
kritikal dah tu..hahaha
ali scorpio. tepat skali
alipower recently posted..Forrest moving
tepat eh? agak tinggi gak tu..hehe
meter yang menunjukkan 5/5 tu cukup parah cemburunya ^_^
syiela recently posted..Masterchef Selebriti / Tomok terkeluar
memang parah..hehehe
Mungkin ada benarnya juga
zool recently posted..Powerkah kasut power ni?
zool yg mana satu eh? hehe
zool blogger ligakampung.com
mungkin tak kenal kot.. saja singgah2 sini
zool recently posted..Keputusan perlawanan Kelayakan AFC Bawah 22 Malaysia vs Myanmar (3 Julai 2012)
boleh je singgah selalu
hehe.. pu3, utk perempuan pula

oopet recently posted..Something that make me cry~
ok nanti puteri usahakan
ayie rasa ada jugak betulnya dgn leo tu…
walau x boleh percaya seratus peratus tapi x dinafikan ada juga betulnya….hehe
Ayie Abas recently posted..MyKad Hingga Hari Tua?
kira ada la betulnya kan..jadi fakta entri ni memang leh pakai la yer…hehe
boleh sekadar utk pengetahuan saja..puteri…
Ayie Abas recently posted..HANG TUAH
yer betul tu
btul juga..kuat perli bila jeles..tp x smpi skit hati la..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Eyriqazz vs Denaihati : Duplicate Content
oh jadi ada la betulnyer info entri ni yer..hehe
ok lah x der lah cemburu sangat , klu cemburu jugak itu tanda nya dia sayang kita..weeee !(^_^)\/
azie namico recently posted..Dejavu Di Cameron Highland
siapa yang tak cemburu sangat tu? hehehe
Mcm mana plak sy nk berkomunikasi ngan laki yg bezodiac Cancer, skang niyh…… cmna nk pujuk dy klau dy cemburu sbb klau dy cemburu dy susah nk ckp ngan sy??
puteri minta maaf sebab tak pandai sangat nak beri nasihat. tapi puteri ada buat entri kat sini http://www.puterikasih.com/2013/04/tolong-selesaikan-dilema-mereka/ harap dapat membantu