Wednesday , 19 June 2013
PANAS
You are here: Home » Sharing » Beli Barang Online…Selamat Ke?

Beli Barang Online…Selamat Ke?

sumber google

Korang selalu ke beli barang online? Puteri selalu juga beli barang online, tetapi selalunya beli novel je dan setakat hari ini tak pernah ada sebarang masalah. Novel sampai tepat pada masanya.

Baru-baru ni muncul pula satu laman web, yang menjual pakaian dan kasut untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Aksesori pun ada. Puteri tahu tentang kemunculan laman web ini dari iklan di kaca TV. Kiranya kalau puteri sebutkan nama laman web tu memang ramai akan tahu sebab popular la katakan.

Selepas melihat iklan tentang laman web tu di kaca tv, puteri pun saje surf laman web itu. Kebetulan ternampak pula sepasang kasut yang menarik perhatian. Harganya pun memang berpatutan. Jadi puteri pun terus buat tempahan dan membayar harga kasut tu melalui bank transfer.

Selepas dah selesai membuat pembayaran, puteri pun tunggu la barang tu sampai ke rumah. Lepas dah lebih seminggu berlalu, kasut tu masih tak sampai-sampai lagi, puteri pun hantar la email untuk mengetahui status tempahan tersebut.

Kemudian puteri terima balasan yang mengatakan dalam tempoh 24 jam, khidmat pelanggan mereka akan review status tempahan puteri dan akan menghubungi puteri semula.

Tiga hari berlalu, langsung tiada berita dari pihak mereka. Puteri hantar email untuk kali yang kedua.  Kali ini puteri terima respon mengatakan mereka telah menukar sistem menyebabkan penghantaran barangan terjejas dan ada barangan yang tersalah hantar. Namun masih tidak dinyatakan tentang status tempahan puteri.

Selepas dua hari menunggu, email ketiga pula puteri hantar. Dan sehingga kini, dah hampir dua hari berlalu, masih tiada respon dari khidmat pelanggan laman web tersebut.

Seriously tahap kesabaran puteri untuk menunggu dah semakin hilang. Yang buat puteri geram kenapa langsung tak ada feedback dari khidmat pelanggan mereka. Kalau macam ni cara mereka buat kerja, macamana nak kekal lama? hurrmm

Yang lebih buat puteri sakit hati, hampir setiap hari puteri terima newsletter dari diorang mempromosikan barangan baru. Grrrr

p/s serik nak beli barang kalau macamni gayanya.

 

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Beli Barang Online...Selamat Ke?, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

52 comments

  1. xpenah lgik bli kat web tuh…
    penah skali je bli jam on9…
    dri fb… servis mantop
    afiqdin recently posted..Sharing is caring BUT….My Profile

  2. tak pernah kena lg.. so far semuanya sampai… yangkopiah kembar hehehehe… minta simpang la kalau kena kat akak mau terbakar ni.. mula la nak email pedas2.. ada pulak kita yg kna follow up dorang.patut dorang la kan sebab nak jaga customer
    syiela recently posted..Kebaikan Solat Untuk KesihatanMy Profile

  3. beli dgn sy puteri..kompem smpi nya..cuma x seswai utk taste wanita lak..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Giveaway Pertama Daddydee : Review RingkasMy Profile

  4. MOmoy addicted online shop.
    mmg beli online
    tak pernah lagi kena macam dear
    tapi dulu sekali pernah barang secara pukal dan 1 item tu tak sampai
    email tapi dia bagi lambat seminggu

    apa nama online shop tu dear
    MOMOY recently posted..PERGIMy Profile

    • saya pun baru first time kena ni…
      at least kalau ada masalah..diorang perlulah feedback kan..
      ni tak..senyap je…
      geram betul saya ni

  5. Ada iklan keluar kat tv pun servis mcm tu,memang tak lamalah tu.
    thomas recently posted..Bujang Valley Archaeological MuseumMy Profile

  6. hmmm… rasanya macam dah boleh teka lak web tu apa. tapi tak tau betul atau tak jer
    MOMOY recently posted..Perlu ke pakai sunblock ?My Profile

  7. selamat beli secara online ni tapi masalah bermula bila pihak yg menjual kurang btanggungjwb dlm soal phantaran brg.. tu blom masuk part sebaik mana hubungan khidmat pelanggan dgn jabatan urus phantaran tu, huh…
    caliph recently posted..pencarian blogger aktif #2 oleh mialiana.comMy Profile

    • betul tu awk..yang penting bahagian khidmat pelanggan tu kena efisyen..kalau takde stok ke apa…cepat-cepat kena gitau kan

  8. huhuhu sian puteri. so skrg mcm mana status barangan tu?
    zuhanif recently posted..MALAM PERTAMA…..My Profile

  9. tengok tempat la. ada yang ok. ada yang langsung tak ok.
    titan recently posted..Kenapa aku suka Cik Tom?My Profile

  10. tak pernah lagi beli barang online..
    kaishin recently posted..aku seorang peruncitMy Profile

  11. Selamat kalau bli kat seller mcm aku nie..

    Kalau bli ngn org lain tak tau la..

    hehe..
    lola ke nie? recently posted..Lelaki Miskin Ini Merupakan Adik Presiden Amerika Barack ObamaMy Profile

  12. dalam 2 mggu laps klu tak cilap first time bli brg scra on9..mula2 mmg tak konpiden so bli skit jela..tpi pas dpt tu mmg excited nak mampus dan puas hati la =)
    fizah recently posted..saya sukaMy Profile

  13. jrg beli brg on9 ni sis.. klau beli pun yg betul2 dipercayai mcm kwn pernah try or byk dgr cerita dr mana2.
    aisya recently posted..Mengemas Rumah Edisi RayaMy Profile

  14. blum ada pnglaman lgi shopping intenet ni hehehe
    cikgu azim recently posted..Kadar Zakat Fitrah Malaysia 2012My Profile

  15. perghh ! nasib baik azie x teperdaya dengan iklan yang dipaparkan dan banyak promosi yang di war2kan…tapi perkidmatan hampeh !

    sabar ya puteri…
    azie namico recently posted..Lailatul QadarMy Profile

  16. Tak pernah lagi beli baju/pakaian/ kasut secara online :)
    Lagi2 kalau yang mahal harganya.
    Sally Yatiey recently posted..Tak boleh online :( My Profile

  17. beli barang yg murah saja kat internet…:)setakat ni ok jer..
    yahaya recently posted..Cara membuat cursor sendiriMy Profile

  18. kena biasakan beli pakai paypal tapi yang ada label trusted .

  19. hairankan iklan zalora ni merata ada kat dalam blog. tapi padahal perkhidmatan tak bagus pun..patut lagi ramai boikot zalora ni..sebab tak jujur dalam perniagaan..
    miss yaty recently posted..Tahniah! Tomok Bergelar Ayah – Gambar Tomok, Isteri yang cun dan Anak Tomok yang comeyMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top