Monday , 20 May 2013
PANAS
You are here: Home » sukan » Bila Isu Sukan Dipolitikkan

Bila Isu Sukan Dipolitikkan

Beberapa hari lepas, selepas Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan di acara badminton perseorangan lelaki akhir di Sukan Olimpik London 2012, muncul beberapa kritikan yang berunsurkan politik.

Buat korang yang rajin mengikuti perkembangan dunia sukan dan isu semasa, pastinya sedia maklum dengan kritikan yang Puteri maksudkan itu. Rasanya tak perlu la puteri print screen kritikan tersebut nanti ramai pula yang lepas geram kat blog puteri ini..hehe

Pada pandangan puteri, kritikan sebegitu yang seolah menjatuhkan pemain negara dan mengagungkan pemain luar, jelas menunjukkan betapa rendahnya tahap pemikiran individu tersebut.

Apa yang di agungkan sangat perwatakan atlet negara luar itu sedangkan seorang anak kecil pun boleh menilai tahap permainan Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan akhir itu.

Tidak semestinya kalau kita bermain sehabis mampu kita akan menang. Kadang-kadang ‘We give our all, but its just not enough at that very moment.’ Datuk Lee Chong Wei telah mempamerkan rentak permainan yang terbaik, namun apakan daya rezeki tidak berpihak padanya pada malam tersebut.

Individu yang mengkritik itu sepatutnya lebih berfikiran terbuka, menilai rentak permainan Lee Chong Wei dari aspek sukan dari bukan dari aspek politik. Kalau tak reti tentang sukan, tak perlu la nak komen kan..hurmm

Pada pendapat korang, apa akan terjadi andainya isu sukan terus dipolitikkan?

 

p/s MALAYSIA BOLEH

 

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Bila Isu Sukan Dipolitikkan, 10.0 out of 10 based on 1 rating

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

28 comments

  1. kekeke…bahaya klu ader org mcm nie puteri…suruh jer mereka yang byk bunyi tu lawan dengan LIN DAN…
    Azie Namico recently posted..Pohon Epal Berbuah Cinta – Episod 2My Profile

  2. kecoh btul laa adun sekor tu, saja cari publisiti murahan.. skrg dia minta maaf plak, mengong laa x semudah tu org nk maafkan…
    caliph recently posted..tempahan ruang iklanMy Profile

  3. erm..no komen hehe :P
    kaishin recently posted..aku terpaksa lepaskan kau pergi.My Profile

  4. Majulah sukan untuk Negara…
    Serahkan hal2 urusan Sukan kepada mereka yang pakar..
    koding recently posted..Gelatin Ubi Jepun KonnyakuMy Profile

  5. tu yang malas nak ulas bila politik masuk campur…..
    TiranaAduka recently posted..Petua – Mengilatkan Cermin KeretaMy Profile

  6. smpai bila2 pun tak kemana kalau dh mentaliti macam tu.. haih, susah nak cakap sis.. huhu
    aisya recently posted..Wordless Wednesday : Dah Siap Satu!My Profile

  7. Susah nak cakap. Manusia :)
    Sally Yatiey recently posted..Pengakhiran bulan Julai lepasMy Profile

  8. kurang semangat kesukanan & nasionalisme. IMHO
    shraqs recently posted..Online Income Dari AdF.lyMy Profile

  9. suro org politik tu lawann gn atlit kita..tgk leh ke x..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted..Tips Perniagaan OnlineMy Profile

  10. semua nak di politikkan.. cakap je pandai suruh dia uturn gelanggang pulak tgk apa jadi
    syiela recently posted..Raksasa Lagi Jahat Dari PenjahatMy Profile

  11. sukan tidak akan maju apabila terus menerus dipolitikkan. Atlit pun hilang semangat nak menyerlah.
    iAwani recently posted..Robot Charli Menari Tarian Kuda Oppa Gangnam StyleMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Scroll To Top