You are here: Home / sukan / Harapan Tinggal Impian

Harapan Tinggal Impian

 

KECEWA..Sebagai rakyat Malaysia, kita kecewa apabila melihat hero Malaysia Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan di acara badminton perseorangan lelaki akhir sukan Olimpik London.

Kalau kita sebagai penonton merasa kecewa, cuba bayangkan bagaimana pula perasaan Datuk Lee Chong Wei. Beliau telah bermain bersungguh-sungguh. Pastinya pingat emas itu menjadi impiannya namun sayangnya ia tidak kesampaian.

Di sukan Olimpik yang seterusnya, Datuk Lee Chong Wei kemungkinan besar tidak akan bertanding lagi. Persoalannya sekarang, siapa yang akan menjadi penggantinya. Dah sampai masanya, pelapis-pelapis baru di latih dan di gilap rentak permainan mereka untuk menjadi sehebat Datuk Lee Chong Wei malah mungkin lebih hebat darinya.

Nampaknya kita masih lagi dahagakan emas sukan Olimpik. Di mana kekurangan atlet kita? Kurang latihan, kurang pendedahan atau terlebih dimanjakan?

Semoga suatu hari nanti akan ada seorang wira yang bakal membawa kilauan emas olimpik untuk Malaysia.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei, you are the best. Walaupun anda tidak menang emas di pentas Olimpik, anda tetap juara di hati kami, rakyat MALAYSIA.

MALAYSIA BOLEH

p/s ada yang menangis sebab tak dapat aiskrim BR ke? hehe

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

26 comments

  1. yes. sokong. ! kesian kt sape yg mnunngu aiskrim BS tu. haha

  2. negara lain sedia ramai pelapis, kita perlu lakukan perkara sama…

  3. kalah menang… lee chong wei tetap terbaekkkkk…:) n nombor satu…^^

  4. Hee. Mungkin ada yang menangis sebab tak dapat aiskrim BR percuma ^.^
    DLCW tetap juara dihati rakyat Malaysia :D

  5. adat pertandingan,, ada kalah menang apapun LCW memang terbaik, selamanya :)

  6. Getting into the final is already an achievement.

  7. walau kalah tetap bangga dengan usha DLCW.. pelapisnya mmg tak nampak lg sekarang kan

  8. takpe..LCW tetap d aty, 2 pun dah membanggakan ^_^

  9. semoga ianya dijadikkan iktibar..sudah tiba masanya mencari bakat pelapis..

  10. bukan sahaja untuk badminton tapi untuk sukan lain juga :)

  11. chong wei tetap yang terbaik walaupon tewas..

    tahniah dato..!

  12. kalah atau menang, biasalah, itu adat sukan. Yang kalah terpaksa menerima hakikat. Yang menang, usah ego pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top