Semalam puteri buat entri INI, dan rata-rata korang semua dapat meneka laman web apa yang puteri maksudkan. Yer puteri maksudkan ZALORA.
Masa menaip entri semalam, puteri tak sebutkan laman web tersebut sebab ingatkan mungkin puteri seorang sahaja yang terkena, sebab mungkin kadang-kadang boleh tersalah komunikasi kan (selalu kena fikir positif) tapi selepas puteri menaip entri tersebut, puteri cuba surf pakcik google dan juga page FB Zalora ni dan serius puteri sangat terkejut sebab rupanya dah ramai yang terkena masalah yang hampir sama dengan puteri.
Nak tahu kisah mereka, sila baca INI. Korang juga pula masuk page FB diorang kat SINI dan baca komen-komen dari pembeli. Korang boleh nilai sendiri.
Hari ini puteri nak buat entri ini, dengan harapan sesiapa sahaja yang membaca entri ini tidak akan tertipu dengan mereka lagi. Kebanyakkan pembeli mengatakan barang yang mereka beli tak sampai dan langsung tiada feedback dari pihak khidmat pelanggan mereka. Ada yang menunggu berbulan-bulan lamanya, kemudian baru diberitahu stok tiada. Ada yang diminta menukar ke barangan lain dan terpaksa menambahkan wang pembayaran untuk barangan baru.
Iklan asyik berulang tayang kat tv, buka FB pun nampak iklan diorang, masa blogwalking pun iklan tertayang kat sana sini tapi servis sangat lah teruk.
Kalau seorang dua yang terkena, mungkin bolehlah dikatakan ada kesilapan teknikal, tiada manusia yang sempurna tapi bila dah ramai yang menyuarakan ketidakpuashatian, nampak sangat kan pihak mana yang salah.
Kepada korang semua yang nak beli barangan online, PLEASE berhati-hati yer. Seriously khidmat pelanggan mereka sangat teruk.
Kalau nak berniaga buatlah cara nak berniaga. Kalau barang tersebut tak ada dalam stok atau ada masalah lain sekalipun sekurang-kurangnya bagilah feedback kepada pelanggan. Jangan layan pelanggan macam SAMPAH je. Malah banyak kritikan yang mereka terima kat page FB tu, diorang dah delete. So korang please be careful yer.
UPDATE TERBARU ( 9:14pm) : Selepas puteri publish entri ni pada pukul 2.15 petang tadi..akhirnya puteri menerima feedback dari ZALORA pada pukul 4.09 petang. Untuk makluman korang, email pertama puteri hantar pada mereka bertarikh 7 Ogos 2012. Jadi korang boleh lah mengira berapa hari yang mereka ambil untuk membalas email pelanggan sedangkan tertera yang mereka akan follow up dalam tempoh 24 jam.
p/s musykil gak, kenapa lepas puteri publish entri ni baru diorang nak respon. Jadi sekarang kita hanya perlu tunggu dan lihat yer
loading...
loading...

pernah terbaca kt blog namee roslan.. dia baru je buat entry pasal zalora beberapa hari lepas.. lebih dr sekali jugak la dia kena..
entry yg ni, http://nameeroslan.blogspot.com/2012/08/zalora-penipu.html
aisya recently posted..Mengemas Rumah Edisi Raya
la ye ke…ramai juga yang kena
tgk website zalora ni memang mengancam jugak barang2 dia.. tp dh dgr cerita mcm ni memang xkan la beli brg dr zalora ni..
aisya recently posted..Mode : Busy!
memang barang mengancam tapi servis kurang ..hehe
Geramkan.. kita banned je dia.. suka2 menipu duit orang
syiela recently posted..Pokok Serai Dah Hangus
tulah kak..memang geram
dekat tv siap iklan sampai depan pintu la apa la… last2 habuk pun takdak.. yg paling tak tahan siap delete komen lagi tu… nampak sgt mmg menipu…
syiela recently posted..Raksasa Lagi Jahat Dari Penjahat
tulah kak..servis tak sehebat iklan..huhu
dah publish entry baru nak respon.haha
tulah tu..ni pun sampai ke hari ini kasut puteri tak sampai
baru tahu. hoho. iklan kemain byk kt tv kan. lps ni kne hati2 la

shuhada othman recently posted..Doodle : Dilema warna
dalam apa jua kita kena berhati-hati kan
betul ker ni…byk jgk tgk iklan ni
cikgu azim recently posted..Kadar Zakat Fitrah Malaysia 2012
terkena pada puteri..tu yang berani wat entri ni
bila baca en3 ni tingat plak kt ipts jaat tu.. mmg spesis penipu jgak tu, ckp nk proses cheque.. sampai skrg haram senyap trus.. tapi iklan dok kuar kt tv jgak mcm iklan online ni…
caliph recently posted..pencarian blogger aktif #2 oleh mialiana.com
ha ah kan..iklan ipts jaat tu pun memang selalu kuar tv.
Memang tak boleh pakai,lain kali beli je kat kedai.
thomas recently posted..Bujang Valley Archaeological Museum
tulah bro…beli kat kedai lagi selamat
siap delete komen orang tu yang tak tahan
sabar puteri. eceh. sebelum ni call u kasih
tgk barang tu dapat ke tak
kalau tak dapat boleh buat report nih
menipu pengguna
tapi kalau momoy pun mesti geram amat
tapi thx pada puteri sebab buat entri pasal ni
kalau tak mesti lagi ramai yg terkena ni
tambah2 orang yg gila shopping on9 mcm momoy
servis teruk jawapannya banned saja!
MOMOY recently posted..Simple DIY Kawaii Romantic Broadband Stick
tulah..sekarang ni puteri nak wait and see dulu. tapi memang masih geram lagi ni..harapnya isu dalaman mereka dapat diselesaikan cepat kalau tak sure customer lari
banned banned banned banned banned
kalau dapat apa2 info jgn lupa update tau dear
ishh… momoy pula yg rasa geram nih
MOMOY recently posted..Testimonial Penuh | Cabaran dan Kronologi Menggunakan Produk Aura Maya
bg momoy bannerrrrrr jaa, erkk…
caliph recently posted..segmen: di mana anda beraya bersama phat corner part 2
banner zalora eh? hehe
sabar…sabar..hehe. ok ada apa-apa nanti saya update
Dah terbaca mengenai masalah khidmat pelanggan mereka. Tapi setakat ni belum pernah berurusan dengan syarikat tu. Entahlah nak sokong di pihak yang mana, kadang-kadang pelanggan juga ada yang sengaja menimbulkan isu. Kita tengoklah saja nanti, berapa ramai yang terkena.
Oh ye salam perkenalan daripada saya.
Mama Murai recently posted..Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
sebab terkena kat puteri sendiri, baru puteri berani buat entri camni..kalau sekadar dengar cerita memang susah nak caye …salam perkenalan juga dari puteri
ramai yg terkena bukan?
tp siap masuk TV sudah iklan beliau.. huhuhu
harap Zalora perbaiki perkhidmatan mereka
Sop recently posted..Blog Review: DaddyDee.net
ha ah ramai yang terkena
iklan memang hari-hari diulang tayang kat tv tu bro..
tulah harap sangat mereka dapat memperbaiki perkhidmatan mereka sebelum pelanggan lari
Biasanya saya membeli online dengan kaedah terima baru bayar. Kerana satu dua company bermasaalah menipu, ia merosakkan reputasi company lain.
Rojak recently posted..Fatwa Haramkan DAP dapat RM50,000
betul tu..kerana nila setitik..habis rosak susu sebelanga kan..hehe
kna banned elok nie..
LOLA recently posted..Lelaki Miskin Ini Merupakan Adik Presiden Amerika Barack Obama
harap mereka perbaiki servis sebelum kena ban
Azie ader jugak terima email dari seorang sahabat , dasat jugak zalora nie tipu orang heh @ kene kan customer..
puteri pun salah seorang daripada mangsa zalora jugak ker?
p/s -bahaya kalau order online mcm nie…
azie namico recently posted..Lailatul Qadar
ha ah,..jadi mangsa gak..huhu
hooo afzal dah baca komen2.mmg melampaula sevice cam gampang.seyes kalau takleh buat, tapayah buat iklan mcm2
afzalsukasuki recently posted..Kisah Dari Lobang Idong
tulah zal..tak serupa bikin dah tu kan..iklan bukan main…
Pernah teringin nak beli kat Zalora. Tapi lepas baca banyak yang kata Zalora tak berapa okay servis-nya, tak jadilah
hee.

Sally Yatiey recently posted..Tak boleh online
terus cancel eh..hehe
latest bru pas bace sorng blogr yg beli brg kat ctu..dia dapatla brg yg dia nak tu..so,ingt nk jgk beli brg dari laman web tu tp takut la plak bile taw lagi rmai yg dpt feedbck yg kurng mnyenangkan..xmaw la beli..sbb xsuke tnggu lame beli brg o9..baik g beli sdri kt lua..huuuu
Cik Yaya recently posted..WORDLESS WEDNESDAY..
bila beli..rasa nak sekarang je kan..hehe. tapi kalau seminggu dua tunggu pun takpe..kalau dah lama sangat..geram je..huhu
meniaga x ikhlas ni..huhu
Jebeng Otai™ recently posted..Tips Selesai Masalah Replytocom
tulah..harap ada perubahan nanti..huhu
biasalah tu. jadi, kena lebih hati-hati selepas ini.
titan recently posted..Duit Raya dari Mama Murai
lepas ni akan lebih berhati-hati
nak kena nasihat pn isteri nie supaya jangan deal dengan zalora.
silalah..puteri buat entri ni pun agar tiada lagi yang terkena
bahayakan dear.. fyna pun sbnrnye baru nak beli kat situ. dah tahu pasal nih, cancel dah… ^^;
fyna recently posted..SEGMEN ERAZ FADLI : PENCARIAN BLOGLIST
tulah memang tak best kala kena camni…hukk
salam..norzi beautilicious house dalam MISI mencari 222 Blogger Bertuah utk beberapa hADIAH menarik, kalau tak keberatan, jemput sertai di
http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2012/08/pencarian-222-blogger-bertuah-sempena-2.html
norzi beautilicious house recently posted..PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE
terima kasih sudi jemput
selalu nampak iklan zalora nie kat google adsense.kenapa tak report kat google adsense jer.
hatiputera recently posted..Apa itu Oppa Gangnam Style
nak melihat dulu sejauh mana penipuan mereka
ishk2.. ingatkan iklan2 dalam TV tu semua boleh percaya.. lepas ni kena lebih berhati-hati la..
pakjhu recently posted..Amalan Korek Hidung dan Memakan Sisa Hidung Baik Untuk Kesihatan
ha ah memang kena lebih berhati hati
syukur pengalaman saya dengan group on indah-indah je..

tips recently posted..WW18: Saya Dapat 20k
syukurlah