Untuk entri kali ini puteri nak berkongsi dengan korang beberapa fakta menarik tentang buah-buahan.
Sebelum Ini puteri ada membuat entri tentang Khasiat Sayur-Sayuran. Dan seperti yang dijangka ada juga yang komen dan mengatakan mereka tak gemar memakan sayur. Ada yang tak gemar sayur sewaktu kecil ada yang dah besar panjang pun tetap tak suka sayur.
Puteri tahu korang tak suka makan sayur sebab sayur tu pahit rasanya kan. Eh tapi yer ke sayur tu pahit?. Rasanya peria je yang pahit. Tapi puteri tetap suka makan peria.
Anyway kalau puteri sebut tentang buah-buahan, gerenti semua orang suka makan. Almaklumlah buah-buahan kan manis rasanya. Berwarna warni lak tu. Siapa yang tak suka kan. Atau memang ada juga yang tak suka buah. Baik mengaku cepat..hehe
FAKTA MENARIK TENTANG BUAH-BUAHAN
1) Mangga segar adalah buah yang paling banyak dimakan setiap hari di seluruh dunia berbanding buah-buahan yang lain.
2) Dalam setahun lebih dari 20 juta kelapa digunakan.
3) Buah kiwi mengandungi sejenis zat actinidin yang boleh digunakan untuk melembutkan daging.
4) Hawaii merupakan negara pengeluar nenas utama di dunia.
5) Serat buah epal lebih terkandung di kulitnya.
6) Memakan pisang boleh menguatkan daya ingatan.
7) Ada kira-kira 10 ribu jenis epal di dunia.
8) Memakan buah epal boleh mengurangkan risiko kanser.
9) Anggur boleh meletup jika dimasukkan dalam microwave.
10) Pokok kelapa digelar “The Tree Of Life”
11) Buah tembikai merupakan buah yang paling diminati di Amerika.
12) Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilat kasut kulit.
13) Orang yang ada alahan pada getah, besar kemungkinan akan alah dengan buah kiwi.
14) Strawberi tergolong dalam keluarga bunga ros.
15) Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun.
Kalau rajin, jawablah dua soalan puteri di bawah ini :
a) buah apa yang paling korang suka?
b) buah apa yang korang tak gemar sangat untuk makan dan apa sebabnya?
Kalau puteri, buah paling feveret pastilah si raja buah…DURIAN. Buah yang puteri kurang gemar pula adalah buah nenas mentah sebab selalunya lepas makan, lidah puteri akan rasa gatal-gatal. Tapi kalau nenas tu dah dibuat gulai, takde pula rasa gatalnya. Jadi kalau puteri nak makan nenas, selalunya puteri akan masak nenas tu dulu.
p/s sejak kebelakangan ni cepat ngantok..almaklumlah musim hujan…hehe
loading...
loading...
Saya paling suka buah tembikai sebab tu antara buah kesukaan nabi. Semua buah saya suka.

Anyyss Shuhaimi recently posted..Hujan
time cuaca panas cam harini..best juga makan tembikai
Azie suke buah pisang…siap bawa bekal gi opis…pencuci mulut lah katakan…ahaks
buah yg tak suke…buah dadu…sebab x leh makan…wakahkah…
semua buah saya suka lah puteri…mcm mana?ngeh3
azie namico recently posted..Percintaan "Strange but true"
buah pisang boleh membuatkan seseorang ceria selepas memakannya
eh ! betul puteri…mana tahu nie…ahaks
azie namico recently posted..Smile
taula
hehe
ayie suka buah kurma….sebab sedap manis tapi berkhasiat…
buah yg ayie x suka buah plastik perhiasan..haha3
kesimpulannya semua buah ayie makan tak berkira sgt dlm bab2 mkn2 buah ni..hehe
yup, kurma mmg tebaik

caliph recently posted..kelebihan pixlr pada blogger
kurma memang terkenal dengan khasiatnya
buah kurma memang elok andainya diamalkan makan setiap pagi sebelum sarapan
betul2 pandai puteri….hehehe
ayie recently posted..Jutaan Manusia Dengan Satu Maksud
Well… kalau buah feveret rizal, honey dew @ tembikai susu… dulu masa study selalu beli kat kdai buah… letak pulak serbuk asam tu… pehhh…
buah yg x berapa nk fevert sgt buah salak… tekak mcm x boleh nk terima… hehe
Rizal recently posted..Vandalisma : bukan penyakit remaja liar sahaja
buah honey dew memang sedap..tak tak pernah try lagi letak serbuk asam..selalunya bila makan jambu je puteri letak serbuk asam…kena cubalah lepas ni..heh
Best tau Puteri… kena cuba mkn ngan serbuk asam tu… kena letak extra.. baru kaw-kaw rasanya.

Rizal recently posted..Raya Haji bukan utk Pak Aji Sahaja…
adeh terliur lak mendengarnya..hehe
suka kelapa muda
.. blk kg suruh en.hb tolong kaitkan
syiela recently posted..Kisah Iqbal Pagi Ni
terasa nak minum air kelapa muda sekarang..hehe
buah epal banyak khasiatnya… lebih2 lagi kulitnya…begitu juga dengan buah pear….
Melastik Bintang recently posted..Skyfall – James Bond Kembali Lagi
sebab tu orang selalu cakap..an apple a day keeps the doctor away..hehe
antara kebanyakkan buah, saya paling suka buah tembikai
Juan recently posted..Realiti dan Fantasi – Diskaun, Subsidi, Negara Kebajikan
nampaknya ramai juga yang suka buah tembikai kan
yang peria tuh…macam kata kat saya ja puteri?

Sat saya jawab soalan puteri,
Buah paling suka: tembikai susu
Paling tak suka: Durian (sebab saya mudah demam =.=”)
Crack recently posted..ANDA TELAH TUA APABILA..
mana ada..memang ramai yang tak suka peria kan
tak suka durian eh? cam mat salleh je
a’ah…kan kerap klik education UK kat sini…

Crack recently posted..BAYI TERKECIL DI DUNIA
anyway baru lepas minum milo kat sini…:P
Crack recently posted..BAYI TERKECIL DI DUNIA
aku makan semua buah. aku tak memilih. haha..
titan recently posted..Komisen ke 96 dari TNX
bagus-bagus..hehe
Makanlah buah-buahan tempatan….
koding recently posted..AFF Suzuki 2012: Misi Harimau Malaya Pertahan Juara
yang semamngnya kaya dengan vitamin kan
x sangka ada 10 ribu jenis epal, erkk…
caliph recently posted..kelebihan pixlr pada blogger
tulah..memang sebelum ni langsung tak sangka
Terima kasih di atas perkongsian info… Fakta menarik tentang buah-buahan.. Lepas ni kena banyak mengambil buah-buahan dalam aktiviti diet…
Anuar recently posted..Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..
sama-sama
yer buah-buahan memang elok untuk kesihatan
makan buah .elok utk kesihatan

shafwan recently posted..Badal haji, korban untuk arwah
ha ah memang betul tu
makan ulam pun elok untuk kesihatan..
http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/ulam-di-malaysia.html
shafwan recently posted..Satey dan Oblong
ha ah betul
suka dgn buah mnga..mmg cedap..tp nenas pon suka jgk..
lgi sedap lau ada asam skali..hehe
xsuka tmbikai merah…xtaw la knpe..mmg xbleh msuk.huuu
tp tmbikai susu bleh mkn..^o^
Cik Yaya recently posted..7 HARI 7 WARNA: SEHARUM MERAH JAMBU (PINK)
lebih suka buah yang masam-masam eh
anna suka buah buahan..hehehehehehhe
memang sedap kan
tembikai my favaurite. haha
wanayu recently posted..Samsung Galaxy Note 2
seorang lagi yang suka tembikai nampaknya
sy ni kalau bab buah-buahan ni cukup suka.. tak kisah la.. except durian. Pening dgn bau durian. huhu.
aisya recently posted..Asyik-asyik MAAF. Bosan lah!
takpe..durian tu pass je kat sis
hehe
boleh2.. nnti kalau ade sy pos kt sis eh.. hehe..

aisya recently posted..Asyik-asyik MAAF. Bosan lah!
hahaha
http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/ulam-di-malaysia.html
makan buah pastu makan ulam…pergh..
shafwan recently posted..Satey dan Oblong
amboi..hehe
untuk solan pertama, semua buah mat jo (yang selalu nampak la, kalau buah kat hutan amazon, xtau la)
untuk solan kedua, setakat nie xde lagi
Mat Jo recently posted..Kembali
buah kat hutan amazon…puteri pun tak tau..hehe