You are here: Home > Sharing > Jenis Makanan Untuk Minda Lebih Fokus

Jenis Makanan Untuk Minda Lebih Fokus

Setelah bercuti raya dan berhujung minggu, hari ini ramai yang telah kembali bertugas. Puteri yakin masih ramai yang mood monday blues kan. Malah minda sukar untuk fokus pada kerja. Betul tak?

Ada beberapa jenis makanan yang boleh membantu minda kita untuk lebih fokus. Contohnya :-

1) Beri Biru – mengandungi antioksidan yang membantu melindungi otak agar tidak mudah lupa atau nyanyuk.

2) Avokado – membantu mengurangkan plak pada otak dan meningkatkan aliran darah.

3) Kekacang – antioksidan dan protien didalamnya memberikan perlindungan jangka panjang terhadap penurunan fungsi kognitif.

4) Ikan – mengambil ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 akan membantu otak untuk terus berkembang.

5) Sayuran Hijau – asid folat didalamnya membantu menajamkan pemikiran.

6) Bertih Jagung – vitamin yang terkandung didalamnya membuat fikiran fokus dan juga menjaga kekuatan otak.

Jenis-jenis makanan di atas ni memang mudah untuk didapati kan. Malah makanan-makanan ini turut menjadi antara makanan yang kita makan hampir setiap hari contohnya seperti ikan dan sayuran hijau.

Sebenarnya kita bukan hanya perlu menjaga pemakanan tapi kita juga perlu rajin bersenam untuk memastikan tahap kesihatan kita sentiasa baik. Bila kita sihat, minda pun akan lebih fokus kan.

-Mingguan Wanita-

p/s dah hampir siap ^_^

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

33 comments

  1. Bertih jagung… patut la jual kat panggung wayang.. spy kita jadi lg fokus tgk cerita eh.. hehe

  2. nak dekat2 exam ni elok la makan-makanan ni

  3. yg selalu ayie mkn dlm senarai di atas tentu laa ikan dan sayuran hijau….

    penting mempunyai minda yg fokus baru la kerja boleh siap tepat waktu dan sempurna :)

  4. TQ sharing benda ni puteri kasih….

  5. oo…gitu. thanks sharing info ni…baru ku tahu..

  6. popcorn mmg feberet..sesui makan kt mana2 saje..

  7. keje sambil mamam mmg bole terlebih fokus kn, hikk…

  8. goreng pun boleh..janji ikan..hehe

  9. fokus tu penting :)

  10. silakan mencuba :) hehe

  11. sama-sama ayu..cubalah makan ni..mana tahu lebih fokus nanti :)

  12. Pop corn pun…hurm..mana nak cari popcorn pepagi ni ya..

  13. erm beri biru tu ntah knp xleh nak telan lak, yg lain xde hal gerenti sapu licin :P hehe

  14. makanan seterusnya, makan dengan banyak,
    boleh melanjutkan mood blues sambil tidur, selamat mencuba, ahaks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top