Tadi semasa puteri tengah baca berita online, terjumpa beberapa artikel mengenai pengemis yang semakin hari semakin ramai bilangannya. Malah golongan pengemis ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari peringkat umur yang berbeza, kanak-kanak sehinggalah ke warga tua.
Soalan pertama yang muncul di minda puteri, apakah yang mendorong seseorang untuk mengemis?
Antara alasan yang sering diberikan :
- Kemiskinan hidup
- Tiada peluang kerja
- Dipaksa oleh sindiket
Jika kemiskinan hidup dijadikan alasan, kemana hilangnya daya usaha seseorang. Dengan kudrat yang ada, bukankah lebih elok andainya seseorang itu berusaha dari hanya menadah tangan menagih simpati.
Tabiat Buruk Dan Kesannya Kepada Kesihatan !!
Jika kekurangan peluang kerjaya pula masalahnya, mengapa pula pekerja asing semakin hari semakin membanjiri negara? Adakah mereka lebih cekap atau orang kita yang terlalu memilih kerja?
Sindiket yang menjadikan kanak-kanak dan orang kurang upaya sebagai ‘kuli’ mereka untuk memungut keuntungan perlu segera ditumpaskan agar tidak lagi menjadi ‘parasit’ masyarakat.
Pengemis di Malaysia dikatakan semakin hari semakin kaya, adakah kerana orang kita terlalu murah hati ataupun kita dengan mudahnya dimanipulasi segelintir pengemis jalanan? Sehinggakan ramai juga warga asing yang telah mula mengemis di sini.
Seorang penghuni sebuah rumah kebajikan dikatakan sering mencuri peluang untuk keluar demi kerana ingin mengemis. Dan beliau didapati menyimpan kira-kira RM 15,000 di bawah katilnya malah beliau turut mempunyai tiga akaun bank yang berasingan dimana jumlah simpanannya telah mencecah RM60,000.
Adakah kerana situasi ‘senang mengumpul kekayaan’ mendorong seseorang menjadi ‘gian’ untuk mengemis?
Tidak salah untuk menghulurkan bantuan namun pastikan bantuan tersebut sampai ke tangan yang betul-betul memerlukan. Jangan biarkan perasaan simpati mengaburi mata kita.
Secret Recipe : Marble Cheesecake – YUMMY !!
p/s didiklah diri untuk berusaha selagi ada daya
loading...
loading...

mengemis ni ada yang terpaksa dan ada yang dipaksa. Tapi kebanyakan pengemis lengkap anggota badan.
iAwani recently posted..Google Failkan Paten Untuk Jam Pintar
ha ah betul tu..sedangkan yang OKU ramai boleh berjaya..yang lengkap pula yang buat hal
mengemis skrg dah dianggap satu pekerjaan yg menguntungkan.
ayie recently posted..Tupai Nakal Jadi Bintang Terkenal
mengemis pun kira pekerjaan ke?
sebab dapat pendapatan sampai ribu2…mungkin mereka anggap itu laa pekerjaan mereka…ermm
ayie recently posted..Personaliti Melalui Jenis Darah #2
mungkin sebab senang dapat duit..tu yang semakin gian
yang bdak2 tu kebanyakan sedikit. suruh jual stiker ayat al-quran lah. derma bina masjid lah
ha ah memang sindiket
kebanyakan pengemis sekarang dari kumpulan sindiket utk mengambil peluang kemurahan hati org M’sia.
thomas recently posted..Rocks of Lubuk Temiang beach
yup betul tu bro…
ada yg terpaksa, ada yg dipaksa.. harap2 x perlu lalui hidup cmni…
caliph recently posted..ada apa dengan canimals
yer harapnya begitulah
mungkin juga rakyat Malaysia ni terlalu bermurah hati utk memberi bantuan dan jarang gunakan saluran yang terbaik
beckhr00y recently posted..Persahabatan Manusia Dan Buaya (Chito And Poncho)
ha ah mungkin juga atas sebab itu
bila kita buat baik…akan ada pihak yg ambil kesempatan kan..hurmmm
ayie recently posted..Tupai Nakal Jadi Bintang Terkenal
buat baik pun kenalah bertempat..jangan sampai ada yang ambil kesempatan
mmg rkyt Msia bmurah hati…hihi…yela…sbb xsmpi ati kesian tgk dorg mengemis…klu dorg menipu, itu antara dia ngan Tuhan la..huhu..
kalau yer pun bermurah hati..sepatunya biar yang layak menerimanya
bukannye tak boleh buat kerja pun kan sis? huhu. kalau orang dah bermurah hati menderma hari2 utk yg mengemis ni mesti ada je org yg bermurah hati utk tawarkan pekerjaan.. huhu
aisya recently posted..Menghitung saat dan detik itu…..
ha ah betul tu aisya…sis setuju. Kalau yang OKU tu mungkin kita boleh terima la juga kan
En. Barney ada sorang sepupu OKU ni, kerja kt kilang. En. Barney cerita dia mmg sgt rajin kerja. Smpai kita ni pulak yg rasa segan dgn dia.. huhu
aisya recently posted..Blog Review : Pilot Lover
tulah selalunya mereka yang lebih rajin berbanding kita kan
tapi pengemis sekarang dah kaya..sehari boleh jana pendapatan dalam rm300..
Melastik Bintang recently posted..Pameran Dinosour – Pusat Sains Negara
tulah tu..lebih kaya dari orang yang bekerja
nanti kalau satu masa pengemis menjadi satu profesion jangan terkasima sudah….hehehe
Melastik Bintang recently posted..Sekuel Terbaru X-Men – First Class
kalau tak dihentikan..tak mustahil akan menjadi satu profesion kelak
ahaks, kaya gile sampai dapat RM15,000, tukar profesion la kalau camni
aik…berminat ke mat jo? hehe
pengemis skang kaya2. sehari bole dpt rm200-300. bayangkan sebulan bole dpt berapa.
aswadz recently posted..Animasi Guna GIF Maker dan Photoshop
tulah…mereka memungut kekayaan dengan meraih simpati…hurmm
kesian laa kalau pengemis yg di control oleh sindiket…mereka yg mengemis bukannya dpt apa2 pun…yg kaya sindiket yg hanya goyang kaki jer….
elok di hukum gantung sampai mati jer sindiket mcm tu sbb zalim sgt…
ayie recently posted..Tupai Nakal Jadi Bintang Terkenal
tak kan la sampai hukum gantung…pasti ada cara lain
zalim dibalas hukuman berat laa…baru laa boleh jadi pengajaran kan? hehe
ayie recently posted..Personaliti Melalui Jenis Darah #2
membunuh dikenakan hukuman gantung..masih ramai yang terus juga membunuh kan
sian kn tgk bdk2 yg kne pakse gi ngemis..
nk marah kat diorg xgne, coz bkn salah diorg..tp salah org2 dewasa yg pakse diorg wat sumer tue..
Nisa Greennnpanda recently posted..Finally~…
tulah tu…memang bersimpati ngan diorang
fuyyo byknya duit bawah bantal, kalah org yg kerja siang malam..
kaishin recently posted..ww : angry birds lover!!!
tulah tu…ini tidak adil..erk
hehehe