You are here: Home > Petua & Tips > Tips Mengubat Rasa Kecewa

Tips Mengubat Rasa Kecewa

videoclip rainbow

Korang pernah kecewa? Puteri terdetik untuk berkongsi tips mengubat rasa kecewa setelah berlakunya kes tragis semalam dimana seorang gadis remaja maut selepas terjun dari tingkat 6 di Berjaya Times Square dalam cubaan membunuh diri.

Sememangnya ini bukan pertama kali berlakunya kes bunuh diri yang kita dengari kan. Seperti telah menjadi satu trend, bila kecewa je, ada insan yang akan memilih jalan pintas dengan membunuh diri. Namun membunuh diri bukan penyelesaian untuk mengubat kekecewaan dihati.

Setiap antara kita pasti pernah merasa kecewa. Bezanya kekecewaan biasa dengan kekecewaan luar kawalan apabila seseorang akan berada di satu tahap, dimana mereka akan mengalami kemurungan dan tekanan perasaan. Mereka akan merasakan seolah hidup tidak lagi bermakna.

Sebenarnya ada beberapa tips untuk mengubati rasa kecewa, antaranya :

1) Luahkan Kekecewaan – Carilah seseorang untuk berbual (keluarga, sahabat baik ataupun kauselor). Luahkan segala yang terpendam di hati kita. Menangislah sepuas mungkin ketika itu kerana tangisan merupakan salah satu terapi minda yang boleh mententeramkan jiwa.

2) Mencari Ketenangan – Pergi bercuti atau lakukan sesuatu yang boleh membuat hati kita tenang. Yang terbaik adalah berdoa dan meminta petunjuk dariNYA. Percayalah selepas berdoa, hati kita akan berasa sangat tenang.

3) Fikir Secara Positif – Dalam apa jua situasi, kita perlu sentiasa berfikir secara positif. Yakinkan diri bahawa apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita adalah yang terbaik untuk diri kita. Cuba bangkit dari kekecewaan dengan menanam satu azam yang baru dalam diri kita.

4) Fokus – Beri tumpuan pada kerja atau pelajaran. Berusaha untuk memperbaiki diri. Lupakan segala apa yang akan menggangu emosi diri kita. Singkirkan segala kekecewaan dari hati kita.

Untuk lebih banyak tips mengubat rasa kecewa, korang boleh baca SINI

Apa cara korang untuk mengubati rasa kecewa?

p/s Everyone wants happiness and no one wants pain, but you can’t make a rainbow without a little rain

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

16 comments

  1. tips yang memang ramai yg cari… :)

  2. thanks for the sharing puteri…nak add 1 lagi tips..dekatkan diri dengan Allah swt, insyallah akan tenang walau apa jua dugaan yg datang~

  3. saya kalau kecewa pergi buat aktiviti yang digemari hilang sekejap rasa kecewa

  4. kalau tension sgt.. mmg elok sgt bercuti merehatkan minda dan emosi dgn keindahan alam semulajadi..

  5. kalau sy rasa kecewa sy akan menjauhkan diri…lepas tu buat aktiviti yg menyeronokkan…bila dah cool baru fikir balik mcm mana nak selesaikan masalah…

  6. true..luahkan pada sahabat rapat yg dipercayai…
    jgn simpan..stressed nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top