You are here: Home > Sharing > Cara Semak Keputusan SPM 2012 Secara Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan SPM 2012 Secara Online Dan SMS

Cara Semak Keputusan SPM 2012 Secara Online | Cara Semak Keputusan SPM 2012 Secara SMS | Result SPM 2012 Online | Keputusan SPM 2012 bakal diumumkan pada 21 Mac 2013. Calon-calon boleh menyemak keputusan masing-masing secara online mahupun SMS mulai 21 Mac 2013 bermula jam 10 pagi.

spm

Untuk menyemask keputusan SPM 2012 secara online, calon-calon perlu melayari laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dan isikan maklumat yang diperlukan.

Cara untuk semak keputusan SPM 2012 secara SMS pula, calon-calon perlu menaip

SPM<jarak> Nombor Kad Pengenalan<jarak>Nombor Giliran dan hantar ke 15888

Good Luck kepada semua calon-calon SPM 2012. Semoga mendapat keputusan yang diidamkan.

Korang ada tak kenangan yang tak boleh dilupakan semasa mengambil keputusan SPM? 

Puteri masih tak dapat lupakan hari puteri ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Ketika itu puteri langsung tak meletakkan harapan yang tinggi kerana boleh dikatakan puteri agak kecewa dengan keputusan percubaan SPM.

Bila cikgu menghulurkan slip keputusan SPM pada puteri, first kali mata puteri terpandang pada result. Dan masa tu boleh pula puteri ingatkan cikgu tersalah bagi slip orang lain pada puteri.

Punyalah puteri berdebar, sampai tak perasan, memang nama puteri tertera pada slip keputusan tersebut. Puteri bersyukur sangat, dapat lulus dengan cemerlang ketika itu. Nak kata straight A tu tak adelah, sebab masa tu tak kira A tapi berdasarkan kiraan agregat. Dan berjaya juga puteri mendapat pangkat 1. Hurmm dah tua rupanya diriku ini..hehe

p/s terpinggir atau dipinggirkan

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

32 comments

  1. Hahahaha…mmg xleh lupa. Wan pun sama gak. Time nak amik tuh ketar-ketar jugak la. Lepas dpt tuh senyum smpai ke luar dewan (tmpt amik slip). Kat luar, lari jmp kwn2 nk share citer…hahahaha

  2. Ermmm…nak semak SPM tpdah agak tua….so apa yg boleh wat…..Im Coming !!! lan dtg baca entry sambil klik iklan tuk tabung ya..

  3. masa ambik result hari tu tak sempat jumpa kawan2 coz datang lambat….

  4. tak thrill cek result online o sms. pergi sekolah amek slip jugak best. baru surprise. huhu.

  5. good luck kpd semua calon

  6. skang dah online ek..tak best ler tak rasa getarannya mcm dulu..

    done isi tabung puteri

  7. Tahun lepas baru je saya ambil slip SPM ;D hehe Rinduuuuuuu

  8. masa saya ambil keputusan spm dulu, siap bersalaman dgn cikgu2… yg bestnya adik2 persatuan silat siap berkerumun ucapkan tahniah…

  9. Sy dah tau awal dah result dulu.. Bapa call sekolah, lgpun bapa sy cikgu sekolah tu jugak… bila ambik slip tu tak surprise dah la.. hehehe

  10. yer ke kurang..puteri tak pasti sangat.. hehe

    ha ah harap semua calon berjaya :)

  11. salam..=)

    aloo..yaya xingtla..myb sbb result xgempaq mane..tu yg lupa tu..huuuuu ;p

  12. semoga mendapat keputusan yang setimpal dengan usaha keras selama ini

  13. hihi tulah zaman dulu mmg debarannya lain macam sikit…sebab nak kena menghadap cikgu masa nak ambil slip tu…bila ingat2 balik mmg seronok zaman sekolah dulu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top