You are here: Home > Santai > Ciri-ciri Lelaki Yang Penyayang

Ciri-ciri Lelaki Yang Penyayang

Macam mana nak tahu lelaki itu penyayang? Itulah soalan yang ditanyakan kepada puteri oleh seorang rakan baik.  Terkejut juga tetiba disoal sebegitu. Sempat juga puteri soal dia balik. “Kenapa tetiba nak tau tentang lelaki penyayang ni?” Dan jawabnya..teringin nak ada teman lelaki macam Ehsan.

Ehsan? La rupanya kawan puteri tu terpikat pada watak Ehsan yang dilakonkan oleh Adi Putra dalam dalam bersiri Teduhan Kasih di slot Akasia TV3 yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.  Drama bersiri Teduhan Kasih ni merupakan adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk sama.

Ohh rupanya terpikat la dengan Ehsan tu yer? Sanggup ke kalau teman lelaki tu suka minum arak dan bersosial?

Saje puteri nak kenakan dia dengan soalan sebegitu. Untuk korang yang menonton Teduhan Kasih pasti tau bahawa Ehsan tu walaupun ada ciri-ciri seorang bapa yang baik dan seorang suami yang penyayang tapi tetap ada kelemahannya kerana dia gemar minum arak ketika stress dan juga dulu dia sering bawa perempuan balik ke rumah.

“Part yang tu aku tak nak, nak part yang baik je”

Jawapan yang memang puteri dah boleh agak dah. Selalunya bila kita tengok drama mulalah berangan nak suami macam tulah, nak isteri macam ni lah. Kita pandang pada semua ciri-ciri yang baik sahaja. Namun hakikatnya setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitu juga dengan diri kita. Mempunyai kelebihan dan kekurangan. Betul tak korang?

“Kalau ada anak macam Ifa tu, senang la nak test lelaki tu penyayang atau tak. Ni tak ada anak test macam mana?”

Nampak sangat kawan puteri yang sorang tu tak sabar nak tau ciri-ciri lelaki yang penyayang. Untuk yang tak mengikuti drama teduhan kasih, Ifa tu adalah watak yang dilakonkan oleh Sherry Ibrahim.

“Kalau tak ada anak sendiri, test guna anak buah je lah”

Jawapan spontan dari puteri. Yelah dah tak ada anak sendiri kan, takkan nak pergi culik anak orang plak. Yang paling mudah, masa keluar dating dengan teman lelaki tu, bawalah anak buah tu sekali. Tengok bagaimana penerimaan teman lelaki tu. Lagi best kalau anak buah tu masih baby. Kalau baby tu menangis dan merengek, nak ke teman lelaki tu jaga. Kalau dia pandai jaga dan sabar menghadapi situasi tu. Maksudnya dia berjaya melalui ujian penyayang tu. Tapi kalau lepas tu dia terus minta putus, jangan salahkan puteri pula..hehehe.

“Eh nanti nak test la macam ni. Tapi puteri macam mana nak test? Bukannya ada anak buah pun?”

Nampaknya kawan puteri tu dah tak sabar nak test teman lelaki dia tu. Nak tengok ada ciri-ciri lelaki penyayang atau tak. Tapi masih juga dia teringat kat puteri ni yang ternyata tak ada anak buah. Almaklumlah puteri ni anak tunggal. Adik-adik sepupu pun dah besar panjang.

“Kucing kan ada. “

Tergelak besar kawan puteri mendengar jawapan puteri tu. Tapi ketika itu puteri bukan bergurau, puteri serius. Salah satu cara lain untuk mengetahui ciri-ciri lelaki itu penyayang atau tak ialah dengan melihat sikapnya terhadap haiwan. Tak bermaksud kalau rumah lelaki tu ada berpuluh-puluh kucing dia tu penyayang. Sebab ada kemungkinan yang memelihara kucing tu adalah adik beradik dia yang lain. Sedangkan dia sentuh kucing pun tak pernah…hehehe.

Jadi caranya adalah sering berbual dengannya tentang haiwan peliharaan. Contohnya kalau kucing peliharaan kita buat hal atau tengah sakit ke, mengadu la kat dia, tengok apa reaksi dia.

Ni antara cara yang boleh digunakan untuk menilai sama ada lelaki itu penyayang dan memiliki sifat kebapaan atau tidak. Tapi pastikan apa yang kita nampak itu ori dan bukannya dia berpura-pura untuk memikat hati kita.  Cara yang sama juga boleh digunakan untuk menilai sama ada seorang perempuan itu mempunyai ciri-ciri wanita yang penyayang.

p/s watak sesebuah drama hanya rekaan, tak perlu terpengaruh sangat ^_^

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

56 comments

  1. Okey kena pupuk tips di atas. Semoga cheq dapat menjadi lelaki penyayang…

  2. tak semua perfect, kena kenal hati budi dulu…

  3. Adi Putra memang sinonim dengan watak lelaki penyayang gitu..hehehe Ala-ala romantic gitu.. Mat Romeo..hehehe

  4. hahaha… nih mesti terpengaruh drama tue kan. kalau fyna pun terpengaruh. hehehehe. ^_^

  5. Cam saya jer yg dicari tuh

  6. Hahahaha…mmg semua perempuan2 tgh imagine diorg dpt ehsan kan…isk3.
    Apapun, ciri-ciri lelaki penyayang mmg byk. Cuma kena igt satu jerk, dh nama pun manusia, dah tentu akan ada kelemahan. Persoalannya, mampukah menerima kelemahan itu bila tiba masanya…jeng, jeng, jeng…

    Pucuk pangkalnya adalah, tanya diri sndr siapakah yg benar2 memikat hati dan sentiasa menerima kekurangan yg ada apabila sudah membuat pilihan.

    P/S: Ensem-ensem pun, apabila kentut bau sama jugak…sekadar renungan. Hehehe, jgn marah…

    • puteri tak imagine pun..hahahaha
      sememangnya tiada manusia yang perfect kan. Kalau suka sangat kat kelebihan seseorang tu, perlulah menerima segala kekurangannya juga. Betul tak?

      kalau terlalu ensem nanti ramai yang terpikat…last-last hati sendiri juga yang sakit…hahaha

  7. tak semua lelaki perfect. lelaki penyayang ramai je. hehehe…

  8. Manusia d hyalan ada sahaja yang di inginkan..tidak puas hati.huuhuhu…

  9. rasa-rasa saya ada tak ciri2 tu…

  10. hahaha.. nasib baik saya tak tgk sangat drama teduhan kasih ;D kalau tak, mesti terpikat jugak dengan watak Ehsan ;D

  11. hahaha… part kucing tu lawak. ada je llk penyayang skang ni cuma susah sikit la. insyaALLAH, jodoh yang ALLAH tentukan utk kita tu sesuai dengan kita. ;-)

  12. senang saja puteri nak tahu lelaki tu penyayang ke tak…tp ni pandangan krole yew…kat entri puteri ni bule jgk tu huhuu…ok pandangan krole senang je…lelaki tu jenis jaga solat…simple kan~~~ wallahualam~~

  13. nak tau lelaki tu penyayang ke tak? senang je. tengok macamana dia treat or jaga mak bapak dia sendiri. :)

  14. assalam,

    bagi bunda nak tengok ciri2 lelaki yg penyayang…tengok kalu lelaki itu memang jenis family man…lelaki yg bertanggung jawab, sayang dan hormat mak bapak dia atau adik berdik dia..makanya begitu jugak dia akan sayang, bertanggung jawab dan hormat kat kita dan anak2 dia..

  15. lelaki penyanyang penting untuk melahirkan keluarga penyayang seperti Sop.. cewah :)
    hehehe

  16. LOL kdg2 kaum perempuan ni terlalu idealistik dalam bab2 mencari lelaki idaman ni…hehe ada jugak yg cuba membentuk teman lelaki dia jadi ciri2 ideal yg dia nak….

    sy teringat dgn kata2 seorg kawan…
    “kaum perempuan harapkan perangai lelaki berubah setelah berkahwin, tapi org lelaki ni susah nak berubah… kaum lelaki pulak harapkan perangai perempuan tidak berubah walaupun setelah berkahwin, tapi org perempuan biasanya akan berubah…”

    errk…agak2 faham ke quote tu? mcm berbelit pulak…haha

    PS; galaxy note lagi sebiji utk puteri…. :)

    • kalau yang bab suka membentuk tu memang payah. Yelah kadang-kadang diri sendiri pun kita sukar nak bentuk atau tukar habit ni pula nak bentuk orang lain kan.

      quote tu ternyata berbelit..tapi puteri faham..hahaha

      p/s thank you untuk galaxy note..hehehe

  17. Sayang menyayang haha. ramai je lelaki yg penyayang kat luar sana. Giler lau lelaki tak sayang wanita ahaks!
    tapi lau nak cari cam ehsan memang xde laa coz itu cuma watak je.. kalau watak pyayang yang mgomen skrunk nie memang ada lew (original pyayang punya punya) keh..keh..keh

    [p\s] Apa itu “Cinta”: Menyintai orang yang myayangi kita bukan menyitai orang yang kita cinta

    • memang ramai lelaki penyayang kat luar sangat..tak dapat dinafikan tu..hehehe. Nak juga selitkan diri sendiri kat situ yer..hahaha

      p/s kalau mencintai orang yang kita cinta tu apa pula istilahnya? hahaha

      • haha… oh! istilah dye senang je.. menyintai org yang kita cinta risiko utk patah hati kecewa spanjang hayat 80%.. perlu berani ambil risiko sebab org yang kita cinta tu tak semestinya dye mnyintai kita sperti kita mnyintai dya. Jadi lebih baek mencintai orang yang myayangi kita.. sudah tentu dye mencintai kita. Itu sekadar fomula dari Am je haha.

        • pada puteri la..risiko patah hati tu sentiasa ada..baik mencintai orang yang kita cinta ataupun menyayangi orang yang mencintai kita. Sebab hati manusia ni boleh berubah bila-bila masa sahaja. Yang terbaik adalah mencintai pencipta kita dan menerima dengan redha jodoh yang telah ditentukan untuk kita. Kalau jodoh kita tu orang yang kita cintai, itu dikira sebagai satu bonus…hehehe

  18. macam perasan juga saya ini insan penyayang walaupun tengah berusaha ke arah itu..

  19. memang geram tengok watak along dan mak tiri si ifa..ternyata mereka berdua memang berjaya membawakan watak mereka tu kan.

    sebenarnya banyak ciri-ciri lelaki yang penyayang ni kan azie..yang penting lelaki tu mampu membimbing kan :)

  20. saya rasa saya adalah salah seorang lelaki yang penyayang hahaha

  21. Salam.

    Wah2, skrg musim Teduhan Kasih kan, layannn, hehehe

    Urm, cdgn putri boleh dipraktiskan.. lana nak tmbh skit la..lana rasa, slain dari yg putri sebut, ant ciri2 laki penyayang ni..aaa.. dia tak keberatan nak cerita ttg hubungn dia dgn emak dia.. ya la kan, seorg ibu tu kan kekasih pertama seorg lelaki, cewahh ayat ak,hahaha

    Tpi, itula yg lana nmpk..dan yg lana kenal.. biasa diorg mmg tak lokek cerita psl emak, kdg2 rasa mcm diorg ni anak emak, tpi, dari sudut lain, nampak tanda penghargaan dia pda seorg wanita..

    • ha ah dah musim teduhan kasih dan papa ehsan sekarang ni..hahaha

      tapi bukan semua lelaki nak cerita tentang emaknya..mungkin takut dilabel ‘mama’s boy’..hahaha. Tapi dari cara lelaki tu melayan emak dan adik beradik perempuannya (jika ada), kita boleh nilaikan juga kan :)

  22. hehe bagus jugak idea tu kak.. sebenarnya banyak cara nak tau lelaki tu penyayang ke tak.. tengok cara dia berkomunikasi pun kita boleh menilai.. kalau ada jodoh, ada la nanti lelaki yg baik dan super awesome akan datang kat kawan kak Puteri tu.. :D

  23. akk tak pernah tengok lagi citer ni, lagi pun ada anak2 tak sesuai untuk tontonan mereka kan? jadi akk pun terpaksalah berpuasa dr cerita2 mcm tu

  24. sebenarnya nak cari sifat penyayang tu susah lah..
    kadang2 penyayang org ni macam ni. penyayang orang tu macam tu..
    xkisah lah. janji penyanyang kat anak-anak suatu hari nanti

    Kita tau sendiri kita tu penyanyang ke x, hana penyayang untuk perkara tertentu ja. kira hana bagi kat diri hana ni 8/10 penyayang.. hahaha

    tapi hana sayangkan haiwan.nak bunuh nyamuk pun xtampar.. hehe spray ridset je. hehehe

    • biasanya orang perempuan memang penyayang..sebab salah satu kelebihan wanita ada naluri dan sifat keibuaan. Tapi tulah penilaian setiap kita berbeza. Mungkin kita tengok macam orang tu penyayang sedangkan yang lain tengok macam tak kan :)

  25. kalau minum arak..mabuk..hilanglah baik dan penyayangnya

  26. hurm..tnye psl hewan ea..boleh pkai jgk..hehe
    try nti..;p

  27. En. Barney takut kucing sis.. macam mana? hahahaha

    p/s : dulu selalu berangan nk ada bf yg suka kucing.. tgk lelaki yg syg kucing ni sejuk hati kita tengok.. tp dpt pulak yg takut kucing.. adoyai.. hahahahaha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top