You are here: Home / Bicara Hatiku / JDT Lawan Kelantan Di Final

JDT Lawan Kelantan Di Final

Topik bolasepak menjadi pembuka bicara bulan Jun.  Penyokong Johor Darul Takzim (JDT) pastinya sedang  meraikan kemenangan pasukan mereka ke atas Pahang Darul Makmur. JDT bakal bertemu Kelantan di final piala FA 2013 nanti. Pasukan mana bakal menjadi juara?

Seharian puteri sibuk menyiapkan tempahan. Setakat ni dah separuh berjaya di siapkan. Esok sambung buat separuh lagi. Fokus kepada blog agak terabai sedikit. Banyak komen dan jejak belum sempat dibalas. Selepas siapkan tempahan ni, nak beri tumpuan lebih sikit pada blog dan e-novel yang telah agak terabai.

Keychain

Sesekali bila letih menyiapkan tempahan, game candy crush saga di cari untuk merehatkan minda. Setiap kali berjaya melepasi satu level, terasa bersemangat je. Terasa macam pemain bola sepak yang pasukannya berjaya menang final..hehe.

Sebenarnya puteri suka mengaplikasikan sesebuah game dengan kehidupan seharian. Setiap level itu puteri ibaratkan sebagai dugaan atau ujian dalam kehidupan. Walaupun sukar tapi demi untuk meneruskan kehidupan kita perlu laluinya juga kan.

Ada kalanya mungkin kita akan gagal, tapi itu tak bererti kita perlu give up. Selagi diberi peluang untuk bernafas, selagi itulah kita berpeluang untuk terus mencuba. Di sebalik setiap usaha, pasti pintu kejayaan akan semakin luas terbuka.

p/s di sebalik setiap kesulitan ada kemudahan

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

39 comments

  1. MiSZ dOMU tgok match tu kat stadium sndiri.. jAdI JDT Fans padhal org Kelntan.. Teman fiance.. Ni if final lwn kelntan..trpksa asing tmpt duduk dgn Incik Tunang..hehe

  2. hidup memang perlukan ujian walaupun hati kecil kita selalu meronta untuk berada di zon selesa

  3. Sokong Kelantan habis-habisan! :)

  4. betul tu .,.terus berjuang dengan apa cara sekalipon :)

  5. salam..
    xpe cik puteri..pelan2 buat ye..chaiyok2..! hehe
    amboi bsemngt lepas men cdy crysh ye..;p

  6. tahniah kepada pasukan jdt…hehe….tak sangka game candy crush jadi mcm perlawanan final bolasepak pulak ye…kihkihkih :D

  7. assalammualaikum puteri, hmmm mengaplikasikan ke realiti erkk? ok gak tapi jangan dalam sangat aplikasinya, bahaya, puteri boleh try wirid, kalau tengah bosan2, best

  8. puteri letak aa meta untuk register, is nak register jadi subscriber nie heheheheee

  9. pasukan mana akan menang?
    sama2 kita nantikan :)

  10. wuah! banyaknye tempahan…takpa puteri susah2 dulu senang2 kmudian kan~ insyaAllah ada hikmah smuanya tu. dahulukan mana yang pnting dahulu.

  11. Hah..semangat kesukanan yang postitif itu bagus,, Jangan gaduh2 yer…

  12. Rajin Puteri menerima tempahan yang cantik2 tu….

  13. singgah isnin puteri

  14. maybe sejarah akan tercipta team dari selatan pulak menjuarai piala FA kali ni

  15. Salam.

    Lana rasa..bersemangat balik dgn entry putri,hehehe ^^

    Semakin banyak tugasan nak kena buat ya puteri.. :) rezeki namanya..yg penting, jaga kesihatan ea putri..eceh, pandai je lana nk nasihatkn org, sndiri tak buat,ehehehe

  16. Yeah sudap pasti Gomo klate gomo menang… hahaha

  17. thanks azie :)
    Will be back nanti with the e-novel..hehehe

  18. Walaupun wan bukanlah org johor, tp wan minat pasukan JDT. Hopefully diorg maintain menang thn ni.
    Puteri layan candy crush jugak yer….sblm ni wan ada main jugak. Cuma wan dah berhenti sbb rsnya wan ni over sgt kot. Kalau tak main, mst xleh. Satu lagi game yg wan suka ialah Empire & Allies. Gila2 wan main…sblm tu ada lagi, Farmville, Mafia Wars, Barn Buddy, Cafe World…Pendek kata semua game wan main dlm satu2 masa.

    Apapun, sronok kan kalau dapat relate ngan kehidupan harian mcm yg puteri buat tuh… :)

    • so kiranya wan sokong JDT la yer. Buat masa ni candy crush adalah satu-satu game yang puteri main. Tu pun kerana gatal tangan untuk mencuba game tu setelah ramai yang invite. Last-last terjebak juga..hehehe. Sebelum ada blog dulu, puteri pernahlah main farmville, cafe world ngan barn buddy. Tapi lepas ada blog semua game tu terus diabaikan…hehehehe

  19. Tak minat bola, login FB sbb nak tau keputusan bola je. keh keh keh… dua2 pasukan Rizal sokong sbb mak org kelantan, Ayah org johor… :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top