You are here: Home > Hiburan > Episod Akhir Teduhan Kasih

Episod Akhir Teduhan Kasih

Drama bersiri Teduhan Kasih yang menghiasi slot Akasia di TV3 bakal berakhir hari ini. Pastinya penonton setia Teduhan Kasih tidak sabar untuk menonton episod terakhirnya pukul 7 malam nanti. Agaknya apa yang akan terjadi kepada hubungan Ehsan dan Iffa? Berakhir dengan kebahagiaan atau Ayu akan berjaya dengan rancangannya untuk memusnahkan kebahagiaan Iffa?

episod akhir teduhan kasih

Untuk mereka yang telah pun membaca novel Teduhan Kasih, pasti akan nampak sedikit sebanyak ada perbezaan antara novel dan drama bersiri ini. Novelnya berakhir dengan kebahagiaan, jadi adakah drama bersiri teduhan kasih juga begitu?

Kalau dalam novel, watak Ehsan dan Iffa memainkan peranan utama dan watak-watak lain hanya sampingan untuk mencantikkan jalan cerita tapi dalam drama bersiri teduhan kasih ni plak, puteri rasa watak Ayu dan Kak Long yang lebih menonjol. Lakonan hebat mereka berdua berjaya membuatkan penonton rasa menyampah dan meluat je. Kalau dilihat pada status FB dan Twitter pun, peminat lebih suka menyebut tentang kedua-dua watak jahat tersebut.

Kepada korang yang telah mengikuti drama bersiri Teduhan Kasih ni dari episod pertama lagi, episod akhir yang macam mana yang korang harapkan? Puteri nak sangat tengok Si Iffa tu bahagia. Dari episod pertama, asyik berendam air mata je dia kan.

Jangan lupa, sama-sama kita saksikan episod terakhir Teduhan Kasih, pukul 7 nanti.

p/s 3 entri belum berbalas komen lagi ^_^

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

53 comments

  1. hi puteri ! x sabar nak tunggu episod akhir , sebab tak pernah miss lagi nie , azie harap ending dia yg mcm puteri cakap tu lah , bahagia dan di kurniakan cahaya mata kembar…ahahaha yelah anak dengan ehsan..

    betul puteri watak kak long dan ayu yang paling menonjol ! kalau tengok balik memang kelakar mereka nie , memang bole menang award pelakon yang paling jahat..hahaha

  2. hi puteri :)

    ayie ada tgok kot drama ni..tapi x follow sgt.. :)

  3. hihi…hrp2 kbahagiaan milik iffa & ehsan :)

  4. mak anna adalah org yang paling setia tengok gambo ni..hihihi

  5. ptr sy suka tgok cerita ini..lagi nak habis lagi best hee..ptri ada novel dia..rugi sy tak beli novel dia artu aduhh..ptri suka baca novel terbitan mana?

  6. TAK TRNGOK CERITA NI

    SOGO SATU…

  7. malam ini saya akan ‘berkampung’ depan tv..nasib baik waktu maghrib di Sarawak lebih awal..solat dulu pastu tengok tv

  8. saya tau jgk cerita nih tp tk brp follow sgt, geram dgn kaklong dgn ayu tuh, jahat sgt

  9. aiza pun harap sangat iffa bahagia.. tak dinafikan memang watak ayu yang aiza paling meluat.. secara keseluruhannya, lakonan mereka sangat mantap.. membuatkan kita berasa berada dalam cerita tu..

  10. bila hari ni ke..wah…
    kene tgok ni…heeee =D
    Yaya selalu tgok stgh jam nk hbis..heee ;p

  11. Salam.

    Semangat adik kita sorg kat atas tu, azie,ekekekke.

    Lana tgk online jela nanti.. maybe, boleh dptkn novelnya juga nnti. ^_^

  12. dah nak abis dah rupanya citer ni..

  13. puteri layan juga ke citer ni?? member2 ofis hari2 dtg keje citer psl teduhan kasih dulu..heheh..

  14. ooh dah sampai episod akhir ye….sy tak sempat tgk tadi….

    PS; belanja puteri vacuum robot nanti senang nak kemas rumah…. :D

  15. akhirnya bis jgk..hehe apa pun ending dia ok jgk la…happy ending:)

  16. puas hati dengan endingnya ^_^ love papa ehsan <3

  17. sempat tengok semalam ;D hee. bestttttt

  18. Layn cerita nie…hahaha… ape pun cerita ni okay ..
    sedey + gelak…. sedih dalam kelakar cerita yg tak mmbosankan…
    Dah tamat dah…hadoi…

  19. akhir dengan kebahagiaan :)

  20. satu episod pun sy tak tengok. hehe

  21. la yer ke..novel dah baca tak? :)

  22. Oleh kerana ni cerita arahan biras sndr, wan tak trlpas peluang utk tgk smp ke akhirnya. Mmg puas hati. Wan tak layan drama sebenarnya. Ni pun atas desakan yg melampau. BTW, not bad…hehehe. Suka kat iffa. :)

  23. saya berasa sedih bila dapat tahu cerita ini dah nak hampir tamat

  24. tak follow drama dan tak baca novel pun…

  25. Aida tak tengok sangat cerita ni. Tengok sikit2 je sebab time nak tengok je, mesti ada yang bukak Arena. Geram betul! Takpe la, nanti Aida nak download. Hehe~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top