You are here: Home / Hiburan / Playboy Itu Suami Aku Di Slot Akasia

Playboy Itu Suami Aku Di Slot Akasia

Drama bersiri terbaru, Playboy Itu Suami Aku akan menghiasi slot Akasia bermula 11 November  ini pada pukul 7 malam menggantikan drama Love You Mr Arrogant yang baru sahaja berakhir.

drama playboy itu suami aku

Drama Playboy Itu Suami Aku juga merupakan adaptasi dari sebuah novel karya Suri Ryana. Nampaknya kebelakangan ini semakin banyak novel yang diadaptasi ke drama bersiri mahupun filem.

Dah beberapa kali promo untuk drama ini telah ditayangkan di kaca tv. Kali ini puteri tak pasti nak menonton atau tidak. Jujurnya, tengok promo tu macam tak best je. Tapi ada juga puteri baca sinopsis drama tersebut, jalan cerita macam agak menarik la juga.

Malas nak taip sinopsis panjang-panjang, kalau korang nak baca sinopsis drama Playboy Itu Suami Aku bolehlah baca kat SINI. Antara barisan pelakon Fattah Amin, Nur Risteena, Cha Cha Maembong, Wan Sharmila, Dilla Ahmad dan ramai lagi.

Seringkali apa yang menjadi perhatian untuk setiap drama bersiri di slot Akasia adalah OSTnya dalam erti kata lain, lagu temanya lah. OST untuk drama bersiri Playboy Itu Suami Aku bertajuk Rindukanlah, dinyanyikan oleh Encik Mimpi. Boleh dengar lagu tu kat entri INI

p/s mudah-mudahan dijauhkan dari mendapat suami yang playboy ^_^

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

27 comments

  1. hi puteri !
    azie dah baca novel nie…kene ulang baca balik
    hahaha…sebab dah tak ingat jalan cerita nya…
    wpun dia playboy dia setia pada yg satu nanti
    hehehe…x sabar nyew…x sabar nyew…

  2. sekarang ini. trend drama adapati dari novel menjadi-jadi…itulah salah satu kelebihan novel dan keuntungan kepada penulis…

  3. dan kalau boleh para wanita jauhkan diri daripada lelaki playboy..mereka ambik kesempatan atas peluang yang diberikan.

  4. macam-macam dah drama sekarang nih. saya dah lama tak tengok drama kul 7 nih…

  5. dgr tajuk citer pun aku bole bayangkan jalan citer dia mcm mana.

  6. singgah baca entry!

    menabung INTI

  7. tajuk drama menceritakan ciri-ciri negatif seperti arrogant dan playboy.. tak sabar nak tonton drama ini.. aiza singgah isi tabung2.. selamat berhujung minggu puteri.. :D

  8. adeh dia punya tajuk memang wow..best ke drama ni

  9. Mesti ada yang addicted lepas ni..tapi mungkin tak sebest Mr Arrogant kot ..

  10. belum sempat tonton lagi,bersiri ni susah sikit la..nak ikut

  11. orang cakap novel dia best.. tp sy ni, kalau dah keluar tv mmg tak baca dah novel, yg ceritanya pun tak tengok.. kenapa entah perangai mcm ni. haha

  12. ahaks..terbatuk lakk… macam baca kisah sendiri je… hahahaha

  13. dah start semalam kan.
    yaya xtgok pon..mls la nk tgok..huuuuu ;p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top