You are here: Home > Hiburan > Episod Akhir Ariana Rose

Episod Akhir Ariana Rose

Minggu ni akan ditayangkan episod akhir untuk drama Ariana Rose, yang diadaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

Untuk sesiapa yang dah baca novel The Wedding Breaker mesti dah tak sabar nak menonton babak winter wedding antara Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose.

minggu akhir ariana rose

Tadi lepas puteri menonton video teaser minggu akhir Ariana Rose di FB, macam terkejut sikit sebab kelihatan Ramzul masih lagi hidup sihat sejahtera.

Minggu lepas, Ramzul dah kena simbah dengan asid, lepas tu dah kena tikam dan sebelum tu diberi ubat apa entah oleh adiknya Liyana supaya abangnya tu kena serangan jantung. Tapi macam mana selepas semua tu Ramzul masih lagi hidup?

Walaupun puteri dah baca novel The Wedding Breaker, puteri memang tak dapat mengagak jalan cerita seterusnya kerana, drama Ariana Rose dah agak tersasar dari jalan cerita novel.

Kalau diberi pilihan, puteri lebih sukakan jalan cerita dalam novel The Wedding Breaker tapi mungkin bila buat drama banyak perisa tambahan perlu diadunkan untuk menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan.

Puteri tak pandai nak buat andaian, jadi untuk korang yang dah mengikuti drama Ariana Rose sejak dari episod pertama lagi, jangan lupa menontonnya sampai ke episod terakhir nanti.

Kalau terlepas mana-mana episod, bolelah saksikan drama Ariana Rose secara online di SINI.

Lepas Ariana Rose, drama apa yang akan ditayangkan?

Kalau tak silap puteri, drama Jika Itu Takdirku lakonan Shah Iskandar dan Intan Ladyana. Dan rasanya drama Jika Itu Takdirku, bukan adaptasi novel.

 

 

About Puteri Kasih

Bukan seorang tuan puteri kayangan, cuma insan biasa yang meminati bidang penulisan. Mula aktif berblog sekitar tahun 2011. Seorang pencinta kucing dan bakal seorang novelis. Berpegang pada prinsip tewas tidak bererti gagal selamanya

42 comments

  1. Tak sabar nak tengokkkkkkk ;D

  2. Best tengok cerita ni. Semuanya pelakon yang hebat-hebat.

  3. salam cik puteri… =)

    blum hbis lg ke?tu la kan..mgu lepas tgok dorng da akad nikah ingt da hbis tp bsambung lagi rupenyer..
    huu layan je la..drama kann..pnjng la citer.. =D

  4. Kita jarang tengok follow slot akasia ni..tapi cerita ni ada jugaklah sikit..sikit coz pelakon dia not bad kot..he..he. nway elok juga si ramzul tu hidup lagi coz bolehlah kenakan adik dia yang nakal tu…

  5. Free cursor & Flat stomach untuk puteri..yang ni carry point ke tak ya…nway salam Isnin Puteri!!!

  6. tak sabar nak tunggun ending drama tue. ^_^

  7. wahhh tak sabar nak tengok ^_^

  8. Boleh tahan juga cerita sampai dah terlayan plak

  9. nyesal start tgok… skrg dah xble terlepas tgok,,, mesti gundah gulana… hehe…

  10. hi puteri..:)

    aik..puteri tgok ramzul okey ke???
    kena simbah asid lepas tu kena tikam..sakit jantung lagi…haih memang tak boleh dijangkakan kesudahan nya?
    untung ada tonton online boleh tgok semula siri2 yg terlepas kan? :)

  11. Jahat bebenor adik si Ramzul tu.. Sampai abang sendiri pun nak dibunuhnya. Kurang kasih sayang sungguh! hehe.. Tak sabar nak tunggu ending. Nway, watak mak tiri n adik tiri ariana rose tu macam semak je. takde pun takpe..hehe

  12. Tak sabar nak tengok apa jadi kat watak Nabila Huda tu..hehehe..macam real dia jadi jahat.

  13. semalam punya episod sangat touchingggg…

  14. aiza tak mengikuti drama ini puteri.. hehe..

  15. er, saya tak tahu pula pasal drama ni. Tak tengok TV. hmm..

  16. saya ikut kalau termiss pun jarang sekali heee..yeah..

  17. ehhh…x sabar nk tunggu episod y akhir nti…pelakon2 dia memg berbakat..ensem2 plk tu..terutamanya keith foo..

  18. Assalammualaikum… puterikasih,

    wahh.. drama ariana rose nie… popular kan..

    mselim3

    pls: tontonan jutaan peminat fnatik kan!

  19. puteri azie tak puas ati dengan ending drama AR nie
    masih ada banyak lagi yang tak disiarkan di dalam drama.
    x sama mcm dalam novel..memang lari semua
    aishh !

  20. Untuk makluman Puteri, drama yang menggantikan AR iaitu Jika Itu Takdirku pun adaptasi daripada novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah. Jalan cerita, nama watak semua sama. Novel Andai Itu Takdirnya karya pertama Siti Rosmizah bersama Buku Prima. Novel yang seterusxnya baru dia terbitkan sendiri. Kalau ikut jalan cerita novel mmg sedih sgt. Hopefully bila adaptasi ke drama jgnlah menyimpang sangat. Bagi yang dah baca novel The Wedding Breaker jangan lupa baca A380 oleh Evelyn Rose jgk. Memang best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top